Perjalanan Lyana bermula sejurus tirai peperiksaan SPM dilabuhkan. Dunia luar memanggil-manggil, dan selepas beberapa hari menghabiskan masa bosan di rumah, satu peluang datang mengetuk. Kakak saudaranya di Negeri Sembilan menghulurkan ajakan bekerja bersamanya sementara menunggu keputusan peperiksaan.210Please respect copyright.PENANA2MOYqnzU2S
Waktu itu, Lyana baru menginjak usia 18 tahun muda, mentah, namun penuh rasa ingin mencuba. Dengan izin keluarganya, Lyana pun berangkat, membawa bersama sekeping hati yang berdebar untuk menjejak dunia baru.
Hari-hari awal di kantin pekerja itu terasa seperti pengembaraan kecil. Lyana belajar, bekerja, dan membiasakan diri di sisi kakak saudaranya. Dua, tiga bulan berlalu, Lyana membuktikan dirinya tekun, cermat, dan manis di mata sesiapa yang memandang. Ada sesuatu tentang dirinya yang sukar dielakkan
Namun, suasana berubah apabila kakak saudaranya memaklumkan bahawa dia bakal berkahwin. Rumah yang selama ini menjadi tempat berlindung Lyana akan dihuni oleh pasangan pengantin baru. Dalam nada penuh diplomasi, kakaknya mencadangkan agar Lyana mencari bilik sewa berhampiran tempat kerja.
Tanpa banyak soal, Lyana bersetuju. Ada bahagian dalam dirinya yang teruja kebebasan kecil yang diam-diam diidamkan. Dengan bantuan kakaknya, Lyana menyewa sebuah bilik kecil beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung, atas alasan untuk "menyesuaikan diri".
Mereka sepakat merahsiakan hal ini daripada pengetahuan keluarga di kampung. Takut-takut keluarga Lyana risau, atau lebih buruk memaksanya pulang.
Kini, buat pertama kalinya dalam hidup, Lyana tinggal seorang diri. Di dalam bilik kecil itu, dengan dinding yang menyimpan kehangatan siang dan bisikan malam, Lyana mula merasakan sesuatu yang berbeza mengalir dalam dirinya sesuatu yang selama ini hanya berani dia bayangkan dari jauh.
Bilik itu menjadi saksi bisu kepada perubahan Lyana; dari gadis yang polos, kepada wanita muda yang perlahan-lahan mula menyentuh bayangan keinginan dalam dirinya. Setiap malam, ketika tubuhnya terdampar keletihan di atas tilam nipis, rasa sunyi yang aneh menyelubung bukan sunyi yang menakutkan, tapi sunyi yang membangkitkan rasa yang lebih dalam... rasa yang belum pernah dia terokai sepenuhnya.
Dunia Lyana baru sahaja bermula. Dan ia menjanjikan lebih dari sekadar kerja di kantin kecil itu.
ns3.144.124.142da2