"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam" jawab Haris seraya menyaksikan Zarina memasuki perut keretanya bersama segaris senyuman manis. Sangat teruja untuk menghabiskan masanya bersama Zarina dan anak kesayangannya itu.
Sebaik sahaja Zarina memasang tali pinggang keledar, dia berpaling ke tempat duduk belakang. Melihat anak kecil berusia 4 tahun itu.
"Hi Hannah!" Zarina melambai ke arahnya. Baju dress biru belang-belang putih itu menarik perhatiannya. Sangat comel anak itu memakainya.
"Hi Auntie Ina! You look pretty"
"Oh,Thank you sayang. Catik baju Hannah. Siapa beli?"
"Ayah! Hannah ada 4. Biru, kuning, merah hi...hi... hijau!"
Zarina menekup mulutnya sambil melepas tawa kecil.
"Hannah ada baju sama tapi lain-lain warna?"
"Ha'aa! Ayah beli." Jawab anak kecil yg comel itu penuh teruja seraya menuding ke arah Haris. Tertawa riang, menampakkan barisan giginya yang putih bersih itu.
"Haris! Kau beli baju sama sampai 4 warna? Biar betul?" tanya Zarina bersama tawa kecilnya.
"Aku kan single father, manalah aku pandai sangat shopping untuk budak perempuan. Nampak apa yang dia suka, angkat 5 helai terus. Senang. Warna je lain-lain."
"5? Bukan 4? Oh my god Haris. Lepas ni kau bawak aku dengan Hannah shopping. Biar aku yang belikan baju cantik-cantik untuk princess Hannah. Right princess?" Soal Zarina seraya menoleh ke belakang lagi
"Yes auntie Ina. I want to be pretty like you" jawab si kecil tu. Kakinya bergoyang-goyang tanpa henti.
Haris tersenyum apabila mendengar telatah riang mereka berdua. Dia mengerling ke arah Zarina sekilas. Memang wajarlah kalau Zarina yang memilih pakaian untuk Hannah. Blouse merah berkotak putih dan seluar jeans bewarna hitam yang dipakainya kelihatan sangat cantik dan bergaya. Menambahkan lagi kecantikan bentuk tubuhnya yang menawan. Begitu juga dengan solekan wanita itu, sederhana tetapi berjaya menghangatkan mata dan jiwa lelakinya.
...dan dalam ralit mengamati kecantikan wanita di sebelahnya, Haris tersedar dia sudah terlajak jalan.
"Ina, aku rasa dah sesat ni. Dah macam mazelah tempat kau ni"
"Tulah, orang drive tengok depan, kau pulak... tengok apa je" kata Zarina seraya tersenyum sinis. Dia sedar yang lelaki itu tak henti-henti mengerling ke arahnya
Lelaki itu hanya tersengih macam kerang busuk. Segan apabila disindir begitu. Dia menolak gear ke 'R' dan meletakkan tangan kirinya di kepala kerusi Zarina dan berpaling ke belakang untuk mengundurkan keretanya. Pada masa yang sama, Zarina juga berpaling ke arah yang sama untuk melihat Hannah yang sedang bernyanyi dengan riang.
Saat itu, wajah mereka saling bertentang. Hanya seinci sahaja jaraknya. Bebola mata mereka bertaut. Terpana dengan renungan masing-masing.
"Eiii...Ayah and Auntie Ina nak kiss" jerit si cilik itu di belakang sambil tersengih nakal.
Segera Zarina memandang ke hadapan, menyelitkan rambutnya ke belakang cuping telinganya dan menunduk. Segan.
"Sorry Ina. Aku nak reverse je tadi" kata Haris apabila Zarina kelihatan serba salah.
"Takpe. Its ok" Balas wanita itu, lalu tunduk bersama senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Dia tidak pasti kenapa, jantungnya tiba-tiba berdebar.
Haris sekali lagi berpaling ke belakang. Sempat dia merenung sesaat dua ke wajah Zarina yang sudah kemerahan itu. Cantik. Sangat cantik dari sudut pandangannya.
"Haris, mana Maria?" Zarina tiba-tiba bertanya apabila teringatkan pembantu rumah Haris yang tiada bersama mereka.
"Oh. Dia cakap mak dia sakit. So aku kasi dia balik Jakarta sampai hari Rabu ni"
"Oh, jadi kita bertiga jelah ni?"
"Ha'ah, bertiga sampai Rabu. Eh!" Haris terkejut dengan jawapannya sendiri. Dia sudah terlepas kata tentang apa yang bermain di fikirannya sejak tadi.
Zarina tercengang dan pantas menoleh. Tertawa wanita itu melihat wajah cuak Haris. Begitu ketara reaksi wajahnya. Memandang ke hadapan dengan mata yg kaku. Stereng pula digenggam kemas. Zarina menyurutkan tawanya, namun senyumannya masih lebar.
"Apa Ris? Sampai Rabu?"
"Tak. Tak. Aku gurau"
"Ok"
Zarina kembali memandang ke hadapan. Tersenyum.
"Tapi kalau kau sudi...." Tiba-tiba Haris bersuara semula selepas seketika.
Zarina pantas menoleh memandangnya.
"Mestilah aku sudi" jawab wanita itu lembut.
Jejaka tampan itu ditatap beberapa saat. Dari hujung rambut, hingga ke wajahnya yang hampir sempurna ke lengannya yang kekar beurat. Satu perasaan aneh melanda dirinya ketika itu dan dia mula teruja untuk menyelami perasaan itu
Pandangan Haris kembali diarahkan ke hadapan. Hatinya melonjak gembira, tersenyum ceria lelaki itu sehingga mereka tiba di Kidzania Damansara.
****************
Setibanya di KidZania, mulut Hannah molopong apabila melihat ramai kanak-kanak sebayanya, sedang seronok bermain di stesen-setesen interaktif masing-masing, merasai pekerjaan sebenar dalam persekitaran main peranan. Begitu teruja anak kecil itu sehingga tangan kirinya menggengam tangan Zarina, manakala tangannya lagi satu menggengam tangan Haris. Sekali pandang, mereka bertiga persis sebuah keluarga yang bahagia.
"Hannah, kat sini Hannah can be anything you want to be. Nak jadi doktor boleh. Nak jadi pilot boleh. Nak jadi fireman pun boleh. Hannah nak jadi apa dulu?" soal Zarina sebaik sahaja melutut di hadapan anak kecil itu.
"Hannah...Hannah Nak jadi doktor. Hannah nak selamatkan orang. Hannah nak tolong orang sakit. Hannah want to make...make the world a better place!"
Terjongket kening Zarina setelah mendengar betapa petah dan penuh semangat Hannah bertutur.
"Really? Wow! Hannah tak nak jadi constrution engineer macam ayah ke?" tanya Haris pula sambil merendahkan badan dan wajahnya agar setara dengan wajah anaknya.
"Tak nak. Boring. And then...ahhh, ayah selalu balik muka penat!"
Zarina menekup mulutnya dan ketawa. Muka Haris pula berkerut.
"But eventhough I am very tired, ayah always read you a story book before you sleep right?" Haris cuba mempertahankan dirinya.
"Yes! Ayah read to me every night! Ayah, you are the best. Love you ayah!" Hannah memaut tengkuk Haris dan mencium pipinya.
Zarina memegang dadanya. Sedikit tersentuh dengan babak manis anak beranak itu.
"Awww. So sweet lah you guys. Oklah Hannah. Jom! Lets have fun, lets go to the doctor Station!"
"Yeay! Yeay!" Hannah, melonjak-lonjak kegembiraan dan memimpin tangan Zarina menuju ke station itu.
Zarina dan Haris berdiri bersebelahan antara satu sama lain, melihat Hannah bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Sesekali, anak comel itu akan melambai ke arah mereka dengan wajah yang ceria. Mengundang tawaan dan senyuman pasangan itu.
"Bijak betul Hannah ni kan? For a 4 year old, she is so smart. Aku confident dia akan membesar menjadi seorang yang berguna buat ramai orang nanti" ujar Zarina memecah kesunyian.
"Terima kasih Ina. Mungkin dia ikut arwah mak dia kot. Pandai pun ikut mak dia" Haris membalas dengan sayu.
Zarina mengemam bibir dan menoleh ke arah Haris. Lelaki itu hanya memandang ke hadapan dengan pandangan mendatar. Sesaat kemudian dia mengukir senyuman kelat apabila dia sedar dirinya dipandang oleh wanita itu.
"Hannah ada tanya pasal mak dia?"
"Masa Ayu meninggal, umur dia 2 tahun lebih. So dia tak faham. Tapi sejak kebelakangan ni, dia dah start tanya-tanya. Mana mak? Mak buat apa? Dia nampak kawan-kawan sekolah dia semua ada mak, dia balik rumah,dia tanya aku macam-macam. Sebak dada aku. Tak tahu apa nak cakap dengan dia. Aku cuma cakap mak tinggal jauh, tak lama lagi mak balik. Tapi..."
Tuturan Haris terhenti. Seperti ada sesuatu tersendat di kerongkongnya. Teringatkan arwah Ayu yang sangat disayanginya. Wanita itu telah pergi dan membawa hati Haris bersamanya. Zarina mengusap lengan Haris, cuba menenangkan perasaan Haris apabila melihat mata lelaki itu mula berkaca.
"Maafkan aku, Ris. Aku tak berniat nak buat kau sedih"
Haris menoleh ke arah Zarina. Dia hanya mampu mengukir satu senyuman pahit, lalu menggeleng.
"Don't worry lah Ina, aku ok" balas lelaki itu sebelum mengeluh berat.
"Jangan marah Ris, aku tanya. Kau ada plan nak cari pengganti any time soon?" tanya Zarina.
Haris diam. Hanya memandang wajah Zarina yang bersinar-sinar ketika itu. Memandangkan Haris hanya berdiam diri, wanita itu menyambung bicara
"Hannah ni bijak, baik budaknya. InsyaAllah, dia akan membesar menjadi seorang yang solehah. Tapi dia perlukan perlukan kasih sayang dan bimbingan seorang ibu. I am sure you know that right?"
"Aku tahu Ina. Tapi biasalah. Aku busy kerja. Aku sendiri pun takde time for myself. Ni kan pula nak dating sana sini."
"Kalau kau nak...aku...aku boleh jadi mak Hannah"
Haris pantas menoleh dan memandang Zarina dengan raut wajah penuh tanda tanya.
"As in..."
"Mak angkat?" Zarina mengerling ke arah Haris sambil mengangkat keningnya.
Haris tergelak kecil dan melepas pandang ke hadapan kembali. Jantungnya yang berdebar tadi juga tiba-tiba surut. Hampa mungkin.
"Owh, aku ingat jadi..." lelaki itu berkata
"Jadi mak tiri Hannah? Boleh je, all you have to do is ask."
Zarina dan Haris saling berpandangan serta berbalas senyuman. Sebuah senyuman yang menggambarkan perasaan mereka saat ini. Beberapa saat kemudian mereka kembali memandang kehadapan dengan senyuman itu masih terpahat di bibir mereka
"Eh Ris, jom bawak Hannah pergi Station lain. Nanti nak pergi shopping lagi" Zarina mencuit-cuit jemari Haris lembut
Wanita itu mara kehadapan, meninggalkan Haris terpinga-pinga di situ untuk mendapatkan Hannah yang masih leka bermain. Haris masih lagi berdiri di belakang, memandang Zarina dari atas ke bawah.
Begitu terpesona dengan wanita itu di saat itu
41Please respect copyright.PENANAr5bnX6y2jx