Setelah seminggu Aman ditemani Kaknia dan kadangkala ditemani Mimi, kini Mimi sudah habis cuti dan pulang ke kolejnya meneruskan pembelajaran.
Suatu pagi, suasana agak tenang. Aman sibuk mengelap meja sambil Kaknia menyusun barang baru di rak sebelah kiosk. Tiba-tiba kedengaran enjin van tua berhenti betul-betul di hadapan.
“Assalamualaikum! Barang sampai!” jerit Pakduan sambil membuka pintu van dan menurunkan bakul berisi sayur dan ikan segar stok untuk bisnes sampingan Kaknia.
Aman membantu memunggah barang ke dalam peti sejuk. Pakduan pula seperti biasa, sibuk memerhati Kaknia dari hujung mata ke hujung kaki.
“Fuhhh... Kamu ni makin lama makin lawa, aku tengok pun sejuk hati. Tengok badan pun… macam anak dara lagi!” kata Pakduan sambil ketawa kecil, tapi pandangannya serius.
Kaknia hanya tersenyum kelat sambil mengangkat bekas sayur ke belakang.
“Pakduan ni... kalau mulut manis tu jual kat pasar, mesti sayur cepat habis,” usik Kaknia.
“Aku bukan jual kat pasar Nia, aku nak jual kat hati kamu hehehe!” Pakduan menjeling sambil pegang dada sendiri macam konon romantik.
Kaknia ketawa, tapi dalam hati menyampah. Selesai susun barang, Kaknia segera berpaling pura-pura sibuk.
"Nia.. ada air tak? haus ni" kata Pakduan
“Nah, air botol.” Kaknia menghulurkan air botol mineral kecil pada Pakduan
Pakduan sambut, tapi sengaja menyentuh tangan Kaknia lebih lama dari sepatutnya. Siap genggam kejap.
“Ishhh! Apa ni Pakduan!” Kaknia cepat-cepat menepis tangannya dan melangkah ke tepi.
Pakduan hanya ketawa gelak gatal dan terus berlalu dengan alasan ada lagi pelanggan menunggu.
Aman yang dari tadi buat-buat sibuk, sebenarnya nampak segalanya.
Kaknia duduk di bangku sebelah Aman sambil mengeluh.
“Gatal punya orang tua… kamu nampak tak tadi?” tanya Kaknia dengan suara geram.
Aman tersengih.
“Nampak je… Hahaha. Kaknia tu menawan sangat, tak senang duduk orang tua tu.”
Kaknia buat muka geli.
“Ishh awak tahu tak… dia tu dah ada dua bini tau! Satu umur 40 lebih, satu lagi baru 28. Tapi tahu tak dia pernah cakap apa?” Kaknia mengadap Aman, siap buat gaya tangan.
“Dia kata, bini dia yang 28 tu pun nampak lagi tua dari Kaknia. masalahnya orang tua tu tahu pakai je, jamu semua tak nak belikan, pakai baju lusuh je bini dia. pakaian lawa taknak belikan, nak terus yang elok je. dia cerita dulu sebelum kawin, bini dia cantik dah kawin tak jaga penampilan. nak buat macamana, bukan salah bini dia, dia sendiri yang kedekut nak belikan jamu ke supplement ke pakaian ke kan”
Aman tergelak besar.
“Habis tu, dia nak Kaknia tu camana?”
“Eeee… gila ke apa! Banyak cantik muka dia!. aku ni bini orang, kalau janda pun tak hinginlah dengan PakDuan gatal tu” Kaknia ketawa sendiri, sambil ambil botol air dan minum.
Aman senyum sambil perhatikan Kaknia.
“Tapi betullah... Kaknia awet muda. Macam tak pernah stress.”
“Stress tu banyak... Tapi tak semua kena tunjuk. Lagipun, taknak bagi kulit cepat kedut.” Kaknia senyum sambil buat gaya manja tarik kulit pipi.
Aman hanya senyum panjang, hatinya diam-diam kagum bukan sekadar pada rupa Kaknia, tapi ketenangan dan kekuatan seorang wanita yang jelas tak mudah dipikat, tak mudah rapuh.
120Please respect copyright.PENANAS7vPPQxzsD
Petang itu kedai sunyi sekejap. Hanya kedengaran bunyi kipas siling berputar perlahan. Aman duduk di kerusi belakang kaunter, mengira duit baki hasil jualan pagi. Kaknia pula sedang menyusun barang di rak sebelah, kelihatan tenang, tapi wajahnya agak sayu.
Tanpa diminta, Kaknia tiba-tiba bersuara, perlahan tapi jelas.
“Aman… awak tahu tak, Kaknia ni bukanlah baik mana. Apa orang tengok sekarang ni... cuma kulit luar je. Kaknia ada rahsia gelap yang masih terlindung, tapi Kaknia rasa nak share dengan kamu".
Aman angkat muka, pandang Kaknia.
“Maksud Kaknia?”
Kaknia mengeluh, duduk bersandar di meja berhampiran Aman.
“Dulu… Kaknia ni liar. Sangat liar. Dari zaman sekolah sampai umur aku 20-an. Apa Kaknia buat, tak pernah fikir panjang. Asal hidup bebas, lepak sana sini dengan geng mat rempit, tukar-tukar pasangan macam tukar baju. Kaknia cuma tahu seronok.”
Aman diam, telinga tajam mendengar.
“Kaknia pernah jadi ‘hadiah’ malam minggu, Aman… Untuk geng motor, untuk jantan yang Kaknia pun tak ingat nama. Bila Kaknia ingat balik, Kaknia rasa jijik dengan diri sendiri. Tapi waktu tu… siapa nak peduli. Semua nak Kaknia sebab tubuh Kaknia”
Suasana hening. Aman cuma tunduk, tak mahu ganggu luahan hati yang seakan-akan pertama kali dibuka.
“Tapi… dalam kelalaian tu, Kaknia tetap jaga satu benda. Kaknia amalkan jamu, petua orang tua. Mandi bunga, urut badan, makan herba… semua Kaknia buat. Bukan sebab nak sihat je, tapi sebab rasa… itu satu-satunya benda yang buat Kaknia rasa Kaknia masih ada harga.”
Kaknia tenung Aman.
“Bukan nak bangga, tapi Kaknia bersyukur... sebab tak pernah jatuh seteruk kawan-kawan. Ramai yang sakit, tubuh lesu, jatuh miskin sebab jadi simpanan orang tua. Kaknia bernasib baik. Sebab walau pernah jadi liar… Kaknia sempat berhenti sebelum terlambat.”
Aman genggam jari sendiri. Dalam diam, dia rasa hormat yang sangat besar pada wanita di depannya.
"apa yang buat Kaknia berubah?” tanya Aman
Kaknia senyum hambar.
“Perkahwinan, lepas Spm Bangmi terus melamar ajak kahwin, ikutkan taknak sebab fikir tak ready. tapi Kaknia jenis tak minat duduk rumah and setuju je kahwin dengan Bangmi. and bila Kaknia mengandung, Kaknia tahu hidup tak boleh macam dulu. Kaknia kena jadi kuat, kena bertaubat. Kaknia kerja siang malam, jaga anak sendiri, bina bisnes sikit-sikit. Apa yang kamu nampak sekarang ni, hasil dari luka-luka lama yang Kaknia ubah jadi pelajaran.”
Aman mengangguk. Matanya sedikit berkaca.
“Saya hormat Kaknia. Sumpah.”
Kaknia senyum, kali ni lebih tenang.
“Jadi bila Kaknia tengok kamu, Aman… Kaknia nampak bayangan Kaknia dulu. Terperangkap dalam kegelapan, tapi masih ada peluang untuk bangkit. Jangan pernah rasa kamu dah rosak. Sebab Kaknia dah buktikan, rosak bukan penamat.”
Petang itu, dalam sunyi kedai kecil itu… satu jiwa yang hampir patah kembali bernafas, disiram kata-kata dari seorang wanita yang dulu juga pernah tenggelam tapi memilih untuk berenang semula ke permukaan.
ns216.73.216.115da2