Halaqah Abu Amru terdiri daripada 10 orang pelajar yang dibimbing oleh seorang ustaz bernama Ustaz Faiez. Halaqah ini kekal daripada hari dimana mereka masuk ke sekolah sehingga ke hari dimana mereka mengangkat sijil SPM mereka. Pada setiap tahun, SAM Tahfiz Al-Mutqin akan melabelkan segala barangan peribadi milik pelajar mengikut nombor giliran masing-masing seperti loker,katil,meja prep,nombor dobi,rehal,dan sebagainya.
NU'MAN: Widih! Aku dapat nombor birthday aku lah!
HAMIZ: Aku punya nombor 238.
MUAZ:Besarnya nombor kau,aku 34.
HARIS: Aku punya sama macam Ronaldo guys! Siuuuuu!
NU'MAN: Eee...cringe!
HARITH: Mana ustaz tak sampai lagi ni?
DANISH: Lek aa,Harith! Baru 10 minit!
NU'MAN: Entahnye dia!
HARITH: Aku tanya je.
ALTAF: Eh,Harith. Kau juzuk berapa eh?
HARITH: Aku? Baru masuk juzuk 25.
ALTAF: Laju engkau!
HARITH: Kau tengok Haris punya...
ALTAF: Berapa???
HAMIZ: Dia lagi lima muka weh...
ALTAF: Uish, Haris! Biar betul kau!
HARIS: Er..haah.
ALTAF: Apa rahsia kau laju ni Haris?
HARIS: Teruskan usaha dan berdoa. Itu je kuncinya. Kau jangan putus asa,percaya takdir Tuhan tu ada.
ALTAF: Lajunya korang. Aku baru juzuk 17...
HARITH: Kau bolehlah,top. Jangan camtu.. Inna ma'al u'sri yusra.
NU'MAN: Atop nak buat drama bukan kat sini ye.
RUSYDAN: Ha,Ris. Kau nak khatam bila ni?
HARIS: Aku nak khatam hari ni. Birthday someone tu...
DANISH: Aduh! Birthday sape eh????
NU'MAN: Birthday Cempaka Arissa!!
RUSYDAN: Alamak aii! Sweetnyeeee!
USTAZ: Apa yang sweet?
HARITH: Bangunnnnn!!
Nak dipendekkan cerita,Haris berjaya menamatkan hafazan sebanyak 30 juzuk.
USTAZ: Alhamdulillah,Haris. Semoga menjadi anak yang soleh,baik,dan terus menjaga hafazan Al-Quran. Amalkan segala apa yang kamu hafaz ni. Jadilah manusia yang bermanfaat bagi manusia yang lain. Lepas ni, boleh dah fokus dekat murajaah dan ajak sekali kawan yang lain khatam.
HARIS: InshaAllah,ustaz. Terima kasih sebab selalu membimbing saya selama ni. Ustaz terus doakan saya ye, ustaz...
MUAZ: Ha! Lepas ni, Harith lak on the way!
HARITH: Astagfirullah...jauh lagi lah...
USTAZ: Tak mustahil?
HARITH: Amiin,ustaz...
USTAZ: Hari ni jumaat,balik bermalam kan?
MUAZ: Betul ustaz, betul!!
USTAZ: Haa,balik ni jangan lupa cari modal tasmik, murajaah...kalau lapang tu boleh topup tahriri. Jangan nak hutang tahriri ye, Hamiz???
HAMIZ: Hehehe...baik, ustaz.
USTAZ: Baiklah,kita tangguhkan kelas halaqah kita....
Selesai sahaja kelas halaqah pada pagi itu, mereka pun masuk ke kelas seperti biasa untuk meneruskan pembelajaran. Pada sebelah tengahari ketika hendak pulang...
DANISH: Haris!!!!
HARIS: Apa??!!
DANISH: Rehal ni memang tak reti nak susun ke?
HARIS: Aduh, pagi tadi punya cerita kan? Dahla,biarlah!
HARITH: Apa salahnya,kemas?
HARIS: Yelah...
RUSYDAN: Weh,kau tak nak ke buat kata-kata kau after khatam?
MUAZ: Apa benda tu?
RUSYDAN: Alah, trend aspura sekarang lah! Vandalisme sikit gak ngaruh! Hehe...
HARIS: Interesting! Kejap...
RUSYDAN: Uish,ada nama Cempaka baii!
HARITH: Weh,dahla tu. Banyaknya conteng...
USTAZ: Ha! Buat ape tu!
HARIS: Lariiiiiiiiiiii!!!!!!!!
Mereka satu halaqah pun berlari ke aspura untuk menunaikan solat jumaat sekaligus bersiap-siap untuk pulang bermalam pada hari itu. Manakala, Ustaz Faiez hanya tertawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat anak-anak muridnya. Rupanya sifat keanak-anakan itu masih ada dalam diri masing-masing.
Selepas tamat pulang bermalam....Haris mengalami sakit di bahagian dada yang dia sendiri tidak tahu puncanya.
HARIS: Aduh, sakitnya...
HARITH: Ris,kau okey ke ni?
HARIS: Okey, penat sangat kot.
HARITH: Jangan tahan lama-lama. Kalau melarat,pergi bilik kesihatan.
HARIS: Aku okey. Thanks, Harith.
AMMAR: Weh,Harith!
HARITH: Ha? Nape?
AMMAR: Ustaz kata malam ni dia nak buat halaqah kat surau lagi.
HARITH: Oh,okey. Nanti aku inform yang lain.
AMMAR: Okey!
Pada pukul 6 petang...Haris masih lagi sakit dadanya namun tetap ditahan. Pelbagai alternatif dilakukan namun tidak juga berhasil. Terbitlah satu idea yang muncul di benak fikirannya. Dia duduk di ceruk tangga aras satu aspura dan membaca bait-bait mantera sambil mempersembahkan barangnya. Haris di situ seolah-olah halimunan! Tiada siapa yang menyedari kehadirannya yang duduk di ceruk tangga aras satu itu. Kecuali, Rusydan.
RUSYDAN: Woi,Haris! Kau buat apa ni?
HARIS: Eh? Macam mana...kau boleh nampak aku...?
RUSYDAN: Asal? Kau invisible ke? Ni pahal ni?
HARIS: Aku tengah nak buat magik! Kau ada kat sini, tak jadilah!
RUSYDAN: Macam-macam lah kau ni! Jom,masuk prep!
HARIS: Nanti lah...
DANISH: WOYYY RUSYDANNNNN!!
RUSYDAN: APAAAAA KAUUUUU!!!
DANISH: CAKAP SORANG-SORANG KAT TANGGA TU PAHALLLL???!!!!
RUSYDAN: DENGAN HARIS LAHHHHH!!
DANISH: HARIS KEPALA OTAK KAUUUU!!!
RUSYDAN: DIAMLAAAAA!!!
NU'MAN: OIT! BISING LAHH!! ORANG NAK BERAK PUN TAK SENANG!!!
DANISH: KAU PUN SAMA JEEEE!!!
HAMIZ: Bising lah,Danish. Jangan jerit boleh tak?
Hamiz,selaku pelajar yang mengambil jurusan sains tulen itu amat terganggu dengan pekikan Danish itu. Manakala,Harith yang sedang membaca Al-Quran itu hanya menggelengkan kepalanya.
DANISH: Hehehe...maaf....
RUSYDAN: Woi! Apa lagi? Jomlah,masuk prep! Buat benda bukan-bukan lak dia!
HARIS: Masuklah dulu! Magik belum jadi!
RUSYDAN: Puiii! Magik konon! Dahla kau!
Semasa menuruni anak tangga menuju ke bilik prep, Rusydan perasan ada lembaga hitam tinggi yang melayang di sebelahnya. Namun,dia tetap tenang dan cuma beristighfar dalam hati. Sejak dari lahir, Rusydan memiliki deria keenam dan itulah yang membezakan dirinya dengan rakan-rakan lain.
DANISH: Inilah yang duk cakap sorang-sorang tu!
RUSYDAN: Mana ada,tu ha! Haris tu,kau tak nampak ke?
DANISH: Mana Haris? Aku tak nampak pun!
HAMIZ: Aku dari tadi tak nampak Haris.
HARITH: Dia pergi bilik kesihatan kot? Tadi dia kata dia sakit.
RUSYDAN: Lailahaillallah...tu ha! Tak nampak ke Haris tengah duduk tu??
Aiman,selaku rakan sekelas Rusydan yang mengambil jurusan perakaunan itu mencelah.
AIMAN: Kau salah tengok ke, Udan? Entah-entah itu sebenarnya...
RUSYDAN: Sumpah, itu Haris weh!
HAZIQ: Ha,tu Haris.Try tanya dia.
RUSYDAN: Haris, Haris!
HARIS: Yow! Pahal?
RUSYDAN: Kau tadi borak ngan aku kat tangga kan tadi?
HARIS: Tangga? Bila? Tangga mana ni?
RUSYDAN: Baru je tadi!
HARIS: Mana ada kita borak kat tangga!
AIMAN: Weh,Udan...Aku rasa....
RUSYDAN: Aku taulah apa yang aku nampak tadi! Kau ingat aku ni apa!
HARITH: Astagfirullah...bawak bertenang,Udan.
HARIS: Korang cakap pasal apa ni? Tak fahamlah...
HAZIQ: Tadi Udan kata dia baru je borak ngan kau kat tangga. Tapi, kitorang je tak nampak kau daripada tadi.
HARIS: Lah,aku baru lepas mandi. Aku kan selalu mandi lambat!
RUSYDAN: Dahla,korang tak percaya aku.
DANISH: Lahhhhh,nak koyak lak dia ni!
HAMIZ: Ishhh,dahla! Lupakan je! Aku ni dahla homework tak siap, tahriri pun...
HAZIQ: Tulah,tangguh lagi. Kifarah tipu ustaz, buat-buat lupa bawak tahriri.
HAMIZ: Senyap kau,senyap.
HAZIQ: Okey,okey..
30Please respect copyright.PENANAfMmC1ImyGs
30Please respect copyright.PENANAWgojOkRwHD
30Please respect copyright.PENANAXhWz5DFBqN