Suraya melangkah keluar dari biliknya, masuk ke ruang tamu rumahnya dengan senyuman, bertemu ibu bapanya yang datang seminggu lepas, untuk menjaga cucu sulung mereka, disebabkan Suraya terpaksa menghadiri kursus di Thailand.
Adiknya, Saleha, yang baru berkahwin dan kini tinggal di Kajang datang melawat sempena cuti Deepavali, membawa suasana yang penuh dengan kehangatan keluarga. Anak Suraya, Adam, tertawa riang dalam gendongan neneknya.
Suara tawa dan senda gurau memenuhi ruang tamu, membuat rumah itu terasa penuh kehangatan. Tetapi di dalam hatinya, Suraya merasakan kehampaan yang tak bisa diabaikan.
Di tengah-tengah keriuhan keluarganya, fikiran Suraya melayang jauh. Sudah seminggu Amir, suaminya, tidak menghubungi. Sudah berkali-kali dia menghantar pesanan whatsapp, namun tiada satu pun berbalas. Hanya single tick sahaja diterimanya.
Kesibukan kerjanya di offshore semenjak dua menjak ini, membuat Amir jarang sekali menghubunginya, apatah lagi untuk berada di sisi nya, menjadikan sepi teman akrab Suraya. Walaupun tawa keluarga memenuhi ruang tamu, Suraya merasa terasing dalam dunia yang berbeza.
"Apakah aku memang tak layak merasa dicintai?" bisiknya dalam hati. "Aku ini seorang isteri, seorang ibu, tapi mengapa hati ini masih terasa kosong tanpa kehadirannya? Mengapa aku harus hidup dalam kesunyian yang berulang, terjebak antara kesetiaan dan keinginan untuk dicintai?"
Selama bertahun-tahun, Suraya setia kepada Amir, dan dia tahu Amir seorang lelaki yang baik. Namun, kerinduan yang mendalam mula menghantui hatinya. Perhatian kecil, belaian lembut, dan kasih sayang yang sepatutnya diterima daripada seorang lelaki bergelar suami semakin lama semakin terasa pudar.
Dalam kesepian itulah, kadang-kadang, Suraya tergelincir oleh godaan-godaan yang hadir untuk seketika, membawa kehangatan yang sementara. Walaupun hati kecilnya merasa bersalah, tetapi perasaan itu tetap menguasai dirinya, menjadikannya lemah dalam godaan kasih sayang yang tidak sepatutnya.
Ada rasa bersalah, namun di sisi lain, hatinya menginginkan sesuatu yang lebih dari sekadar janji setia yang bertepuk sebelah tangan. Dia mahukan belaian manja seorang lelaki, yang sepatutnya diberikan oleh suaminya.
Kesepian yang ia rasakan telah menjadikannya rentan, membuatnya mudah terbawa arus dan mencari kasih di tempat yang salah.
"Apa yang kak termenung jauh sangat ni?" Saleha bertanya sambil tersenyum, duduk di sebelah Suraya yang kelihatan sedikit sunggul.
Suraya tersentak, tersenyum nipis. "Tak ada apa, cuma penat sikit, baru balik dari kursus di Thailand," jawabnya sambil membetulkan duduknya, cuba menyembunyikan perasaan resah nya.
Saleha mengangguk, memahami kepenatan kakaknya yang sudah lama tak mendapat rehat cukup, lebih-lebih lagi dengan Amir yang jarang ada di rumah. Dia terpaksa menjaga Adam seorang diri, mengurus rumah dan juga bekerja pada masa yang sama.
"Kalau macam tu, biarlah kami bawa mak, ayah, dan Adam balik Kajang malam ni," kata Saleha sambil melirik ke arah Adam yang sibuk bermain. "Kak long bolehlah rehat malam ni. Esok pagi-pagi datang rumah kami pula, tengok Adam. Kita breaksfast bersama-sama."
Suraya mengangguk perlahan, memikirkan cadangan adiknya itu. Dia sendiri memang terasa terlalu letih untuk terus berjaga malam ini, memandangkan dia pun baru balik dari Thailand dan masih sedikit lelah, memandangkan perjalan yang jauh ditempuhya memandu bersama Kak Norlida. Tawaran Saleha membuatnya sedikit lega.
"Boleh juga... Kalau mak dengan ayah tak kisah, kakak memang nak sangat rehat malam ni," jawab Suraya sambil tersenyum kecil.
Ibu Suraya, yang mendengar perbualan mereka, langsung bersuara. "Mak memang cadang nak tidur rumah Saleha pun malam ni. Bagi Adam ni main dengan Saleha, biar dia ikut ke Kajang. Kamu datanglah besok," katanya dengan senyuman.
Saleha menggenggam tangan Suraya, "Tak apa, kak, jangan risau pasal Adam. Dia seronok main dengan semua orang kat rumah. Lagipun, baru hari ni kami jumpa dia, rindu sangat!"
Suraya tersenyum, mengangguk setuju, dalam hatinya berkecamuk perasaan gundah gulana yang tak terucapkan. Dia kemudian memandang ayah dan ibunya, merasakan cinta dan perhatian mereka, tetapi bahkan itu tidak mampu mengisi kekosongan di hatinya.
Tiba-tiba, telefon bimbit Suraya bergetar. Ada mesej yang masuk. Namanya terpampang jelas di skrin: Ganesh. Lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya, lelaki yang pertama selain suaminya yang dapat meratah tubuh badannya. Yang berkali-kali memancutkan benih ke dalam dirinya.
Sudah lama dia tidak berjumpa dengan nya sejak pertemuan terakhir mereka di pusat membeli belah sebelum ini.
Dengan jantung berdebar, Suraya membaca pesanan itu.
"Suraya, bolehkah kita berjumpa buat kali terakhir? Kontrak saya akan berakhir, dan saya akan pulang ke India hujung minggu ini. Saya merindui awak, datanglah ke apartment saya. Saya mahu berjumpa untuk kali terakhir, Ini alamatnya....."
Suraya terdiam memandang pesanan itu, berulang kali membacanya. Dalam hatinya, ada pergolakan antara kesetiaan dan godaan. Ganesh pernah mengisi kekosongan yang suaminya tinggalkan, memberikan sentuhan yang begitu Suraya rindukan.
Walaupun ia tahu pertemuan itu hanya sementara, namun saat membaca mesej itu, perasaan ghairah itu kembali hadir, mendesak untuk dipenuhi.
"Ganesh... lelaki yang sempat hadir saat Amir tidak ada, saat diriku lemah dan kesepian... apakah aku benar-benar ingin bertemu dengannya lagi?" monolog batinnya berbisik, "Mengapa hatiku selalu ingin lebih, padahal aku sudah punya segalanya? Apa aku akan terus tersesat dalam godaan, atau aku harus lepaskan semua ini?"
"Kak long, Okay ke tak tu?" Saleha tiba-tiba bertanya, menyedari kakaknya seakan terdiam sejenak.
"Oh, ya... Kak okay. Tiba-tiba dapat mesej dari guru besar ni," jawab Suraya mencari alasan, mengalih pandangan dari telefon, memandang ke arah Saleha.
Saleha mengangguk. "Ok lah tu, Jaga diri elok-elok. Tak boleh selalu kerja keras, nanti jatuh sakit. Kami semua risau kak long."
Suraya tersenyum, menyembunyikan keresahan yang semakin mencengkam. "Ya, insya-Allah. Kak Long akan cuba rehat secukupnya. Malam ni memang nak tidur awal, esok baru pergi Kajang."
Mendengar itu, Saleha dan ibu bapanya bersiap untuk membawa Adam, pulang ke rumah di Kajang. Sebelum keluar, Saleha sekali lagi memeluk Suraya, "Rehatlah, kak. Adam kami jaga. Kakak datang saja esok pagi, kita sarapan sama-sama."
Suraya mengangguk perlahan, menghantar keluarganya sehingga ke pintu. Setelah mereka berlalu, ruang rumah itu menjadi sunyi, hanya dihuni oleh dirinya seorang diri. Kini, tanpa hiruk-pikuk tawa keluarganya, suasana kembali keheningan yang membuat Suraya terlarut dalam pergolakan perasaannya sendiri.
Dalam sepi di hatinya, Suraya kembali bergelut dengan dirinya sendiri.
Di satu sisi, Suraya tahu dia tidak patut pergi. Dia sedar bahawa pertemuan dengan Ganesh hanya akan membawanya lebih jauh dari jalan yang benar. Namun, di sisi lain, dorongan untuk melepaskan 'rindunya' begitu kuat, seolah-olah ada yang belum selesai antara mereka.
Sambil menghela nafas panjang, Suraya berbisik dalam hati, "Mampukah aku melawan perasaan ini, atau akan aku...?"
- bersambung -
143Please respect copyright.PENANAx633PHUsN6