PROLOGUE
Di salah sebuah menara pencakar langit di Kuala Lumpur, satu aras itu merupakan milik syarikat Nea Jannah Sdn Bhd. Sebuah syarikat yang agak besar, melihatkan business yang dilakukan kebanyakannya business busana Muslimah darilah tudung, sehingga ke stoking yang digunakan untuk menutup aurat.
Mungkin rahsia kejayaan syarikat itu ialah dari pengasas merangkap CEOnya, Ustazah Fawa. Ustazah Fawa merupakan salah seorang penceramah bebas yang popular di Malaysia ini. Wajahnya pasti dikenali walaupun oleh mereka yang jarang mendengar ceramah agama. Personaliti Ustazah Fawa yang sedikit keibuan, lembut dan disenangi semua menjadi antara sebab Ustazah Fawa menjadi popular.
Di dalam pejabat besar miliknya, kelihatan Ustazah Fawa yang bertudung labuh ringkas itu sedang duduk di mejanya. Dengan Husna, pembantu peribadinya. Ustazah Fawa kelihatan sibuk memeriksa kertas demi kertas, sesekali dilihat juga skrin PC yang menyala sementara Husna sedang menyusun kertas kertas tadi.
Oh ya. Walaupun Nea Jannah Sdn Bhd merupakan syarikat yang menjual busana Muslimah, sebenarnya Ustazah Fawa merupakan seorang pengasas sindiket pelacuran terbesar di Malaysia ini.
Ya.
Ustazah Fawa yang bertudung labuh lengkap sopan, sentiasa menutup aurat itu, merupakan ‘ibu ayam’ kepada 60% pelacuran di negara ini. Dan segala kertas dan maklumat yang diperiksa merupakan maklumat gadis gadis di bawah jagaannya.
Ustazah Fawa memecahkan pelacur di bawah jagaannya mengikut negeri, kemudiannya mengikut kategori. Khususnya negara asal pelacur tersebut. Dan Ustazah Fawa menjaga sendiri ‘kumpulan’ pelacur khas yang dipanggil “Veiled Angels” atau “Bidadari Bertudung”. Sementara yang lain ada ‘bapa ayam’ mereka sendiri.
“Veiled Angels” yang pertamanya adalah semua wanita di dalam kumpulan ini merupakan rakyat Malaysia, Melayu kebanyakannya. Dan semuanya sememangnya berpakaian tudung labuh, sopan di luar, walau sebelum mereka menyertai sindiket pelacuran ini. Semua wanita itu juga terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada yang isteri suri rumah, ada yang ustazah pengajar, ustazah penceramah bebas, dan juga ada beberapa selebriti.
Dan semuanya menyertai sindiket ini kerana pelbagai sebab. Ada yang demi duit, ada yang demi kepuasan nafsu seks sendiri, dan tidak kurang juga yang mahu mendapatkan kabel kabel khas memandangkan institusi ini mempunyai ramai pelanggan VIP dari CEO sehingga ke kerabat diraja.
Ustazah Fawa senyum puas melihat prestasi bidadarinya lalu mengumpulkan kertas ke tepi yang kemudian diambil Husna.
“Semua in order nampaknya. Client semua berpuas hati. Cuma pastikan mereka hadir ke klinik panel untuk ujian HIV berkala dan untuk lakukan pemeriksaan kesihatan seperti biasa ya?” pesan Ustazah Fawa. Husna mengangguk.
“Ustazah dah tengok application untuk recruit baru?” soal Husna.
Ustazah Fawa menggeleng. “Belum. Tapi awak dah call dia suruh datang esok kan?” Husna mengangguk. Senyum gembira tidak dapat dilindung. Kening Ustazah Fawa terangkat sedikit. “Ha, kenapa?”
“Ehe… Takde… Saya memang follow recruit baru kita ni. Dia celebriti. Dulu ada la berlakon sikit. Tapi sekarang dia banyak buat NGO punya benda. Mostly untuk Palestin. Tak sangka pulak yang dia nak apply. Tak sabar nak jumpa dia esok”
Ustazah Fawa ketawa kecil menggeleng. “Oh… Dia ke… Ha awak kena berterima kasih dekat saya la macam tu… Saya yang approach dia” kata Ustazah Fawa tenang. Husna senyum gembira. “Terima kasih Ustazah…” Ustazah Fawa mengangguk.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kedua dua business kita berkembang makin luas.” Kata Ustazah Fawa sambil menolak dirinya bangun dari kerusi diikuti Husna. “Betul tu Ustazah… Cuma kita kena hati hati…” pesan Husna.
Ustazah Fawa terangkat kening sedikit. “Kenapa awak cakap macam tu, Husna?” sambil mengangkat begnya. Ada ceramah untuk diberi tak jauh dari pejabat. Husna kemudian menunjuk kepada TV yang terpasang tapi di mute sedari tadi, tak jauh dari meja.
Laporan berita 777 di televisyen menayangkan serbuan dan tangkapan salah sebuah kartel dadah terbesar di Malaysia. Walaupun Ustazah Fawa tahu yang pihak Polis yang menjadi tunjang tangkapan tersebut, namun Ustazah Fawa cukup tahu yang orang yang bertanggungjawab merupakan wanita yang sedang memberi laporan itu.
Alya Syafira
Ustazah Fawa senyum tenang. “Takpe awak jangan risau… Jom. Lagi 30 minit sebelum ceramah saya mula.” Kata Ustazah Fawa. Husna mengangguk setuju dan mereka melangkah keluar, membiarkan Alya berbicara sendiri di skrin TV.