Langkah kaki Umar terasa berat. Beg hitam beroda yang ditariknya berbunyi kasar atas lantai jubin asrama universiti swasta itu. Bangunan mewah, suasana pun nampak elit—sesuai dengan status ‘anak orang kaya’ macam dia. Tapi dalam hati, Umar resah. Serabut. Bukan sebab suasana. Tapi sebab manusia.
"Assalamualaikum! Kau budak baru eh?" tegur seorang lelaki, berdiri di tepi tangga. Muka mesra, pakai hoodie kelabu, gaya ala abang-abang gym.
Umar cuma angkat kening. Tak jawab. Kaki terus melangkah ke lif.
"Err... okay... sombongnya," bisik lelaki tu, sedikit terkilan.
Seorang lagi pelajar perempuan tersenyum sewaktu terserempak depan lif. “Hai! Awak student baru ya? Nampak macam lost je.”
Umar senyap. Pandang skrin lif. Rasa lemas bila kena engage dengan orang. Dia bukan jenis mesra. Dia tak tahu nak senyum balik. Tak reti small talk.
‘Kenapa semua orang suka tegur? Tak boleh ke biar aku lalu je…’ hatinya mengomel.
Lif berbunyi. Ting! Umar masuk, tekan butang aras 3. Lif bergerak perlahan.
Setiba di bilik, dia terkejut sekejap. Pintu bilik dia ada label nama:22Please respect copyright.PENANAx6MQ7EkfMn
22Please respect copyright.PENANAqqe8yjsLqF
“296 – Single Room”
Dada rasa lega. Sekurang-kurangnya dia tak perlu berkongsi. Tak perlu pura-pura okay. Tak perlu senyum palsu sebelum tidur. Dunia dalam bilik tu miliknya sendiri.
Dia buka pintu perlahan. Bau bilik baru menyerbu hidung. Tilam bersih, meja study berkilat, ada tingkap luas menghadap taman kampus. Bilik moden, ada aircond. Dan paling penting—sunyi.
"Ya Allah… thank you sangat," dia bisik sendiri sambil duduk atas katil.
Di luar, bunyi bising pelajar-pelajar lain yang masih sibuk pindah masuk kedengaran sayup-sayup. Tapi dalam bilik Umar, cuma ada dia… dan sunyi yang dia selesa dengan.
22Please respect copyright.PENANA0j3toGkbDn
22Please respect copyright.PENANAIO3MhMWCjz
22Please respect copyright.PENANAVr41Rn8Loy
22Please respect copyright.PENANAnIm8Si93u9
22Please respect copyright.PENANAAtj6sc9ZsP
22Please respect copyright.PENANACDhHLt6GBe
22Please respect copyright.PENANA6MmvIGLytt
22Please respect copyright.PENANAOQy0Wkv0k8
22Please respect copyright.PENANALGc7OlZsgB
22Please respect copyright.PENANAzqmB2YcFCv
22Please respect copyright.PENANA7sGmeHekbI
22Please respect copyright.PENANAk5tPYVNVLM
22Please respect copyright.PENANA4TTQdxMJXc
22Please respect copyright.PENANAy1LG5z6WT2
22Please respect copyright.PENANAlwpTRIHBH9
22Please respect copyright.PENANAnikpPfYNfJ
Dia tak tahu, minggu depan hidup dia bakal tunggang-langgang.
ns216.73.216.0da2