23Please respect copyright.PENANA7ptzo9Qyjs
Azan Isyak baru sahaja berkumandang dari surau utama kampus. Suara muazzin lembut dan tenang, bergaung di antara bangunan. Langit malam masih cerah dengan sinaran lampu jalan. Umar berjalan laju-laju, satu tangan pegang kopiah putih yang hampir terbang ditiup angin.
Dia pakai kurta ungu lembut—yang Mama belikan sebelum masuk universiti—dan seluar tracksuit Adidas hitam. Langkahnya sederhana, tapi penuh tujuan.
‘Lambat. Aku lambat. Mana tahu surau penuh orang nanti…’ getus hatinya.
Sampai di perkarangan surau, suasana agak sunyi. Belum ramai masuk. Umar terus ke kawasan wuduk lelaki di belakang bangunan. Waktu dia melangkah ke sinki, mata dia menangkap satu pemandangan yang buat dia terhenti.
Tiga orang lelaki bersandar di dinding belakang surau. Salah seorang di tengah-tengah, sedang pegang vape, menghembuskan asap tebal ke udara malam.
Asap beraroma buah-buahan memenuhi ruang. Bau strawberry atau mangga—Umar tak pasti. Tapi yang buat dia kaku, ialah nama yang tergantung di lanyard salah seorang daripada mereka.
IMRAN FAHIM.
Rambut Imran terjuntai sedikit, mata tajam, pakaian santai—t-shirt hitam dan seluar jogger. Aura dia garang. Dominan. Umar dapat rasa… yang ni bukan jenis boleh main-main.
Tapi mulut Umar dah terlanjur bergerak.
“Err… awak tahu ke ni kawasan larangan merokok?” tegur Umar, suara perlahan, tapi jelas.
Tiga-tiga lelaki tu berhenti ketawa. Imran paling akhir pandang Umar. Mata dia sepetkan, ekspresi macam orang baru kena cabar.
"Apa kau cakap?" Imran melangkah dua tapak ke depan. "Budak baru nak tunjuk alim?"
Umar telan air liur, tapi tak lari. Dia tunduk sikit, pandang lantai jubin.
“Saya… cuma ingatkan. Kawasan surau. Tak elok kalau…”
"Kalau apa?" Imran potong ayat Umar. Suara dia makin naik.
Salah seorang geng dia, yang bertubuh besar, tepuk bahu Imran. “Bro, relax. Budak ni macam skema je.”
Tapi Imran tak relax. Dia berdiri betul-betul depan Umar sekarang. Dekat sangat.
“Kau siapa nak ajar aku, hah? Kau ingat ni rumah bapak kau?”
Umar tetap tunduk. Tapi suaranya masih tenang.
“Saya cuma… rasa, lebih baik kita hormat tempat ibadah.”
Imran gelak kecil. Bukan sebab lucu. Tapi sinis.
“Budak ni jenis tak makan saman,” katanya pada geng-geng dia. “Ingatkan kalau aku sound, dia blah. Tapi dia stay lagi.”
"Takde hal lah, bro. Kita tengok dia tahan berapa lama."
Umar perlahan-lahan ambil wuduk. Tangan menggigil sedikit, tapi dia cuba abaikan. Dia tak faham kenapa hatinya tetap nak tegur, walau tahu orang macam tu memang takkan suka.
23Please respect copyright.PENANA8PJ7LV5K42
23Please respect copyright.PENANAB888ihIUUe
23Please respect copyright.PENANApgU9dMgzwi
23Please respect copyright.PENANA0kbZX6Dqdo
23Please respect copyright.PENANAYj1rmMRd3f
23Please respect copyright.PENANAwNqB8pTcVw
23Please respect copyright.PENANA5iztYtnM8U
23Please respect copyright.PENANAqwt8PNYB0z
23Please respect copyright.PENANAeib4sFTFQ2
23Please respect copyright.PENANA5OLUrsChv6
23Please respect copyright.PENANANunTzyIt9p
23Please respect copyright.PENANAn8BxS3Vyyn
23Please respect copyright.PENANA7Ek3Ej5JJN
23Please respect copyright.PENANAl3mr4mwy5C
23Please respect copyright.PENANAUTFkMtAgSs
23Please respect copyright.PENANAiInwP0yXpi
23Please respect copyright.PENANAc2Sk4OawGw
23Please respect copyright.PENANAAbvSDFUkEB
23Please respect copyright.PENANAhgWkS3ewH3
23Please respect copyright.PENANA8EMEJbzCod
23Please respect copyright.PENANAiKIpSkQJHz
23Please respect copyright.PENANA8l0gvKWJEt
23Please respect copyright.PENANAW3XGYHIdfQ
23Please respect copyright.PENANAdR9Vv8ySOi
23Please respect copyright.PENANAV4jgpSOXIq
Dia tak tahu, dia baru buka satu ‘pintu’ dalam hidup dia yang dia sendiri tak bersedia untuk masuk. Dan Imran Fahim… bukan jenis yang lupa muka orang yang buat dia rasa tercabar.
ns216.73.216.0da2