20Please respect copyright.PENANAfOLk0vhupK
Pagi itu, Umar sampai awal. Matahari baru naik separuh, langit masih sejuk kebiruan. Bangunan fakulti moden kelihatan megah dengan dinding kaca dan logo universiti terpampang besar-besar di hadapan.
Umar genggam fail hitam kemas-kemas. Hati dia rasa lega sikit. "At least, hari ni kelas. Boleh fokus study. Harap-harap tak jumpa lagi si Imran tu."
Tapi harapan tu musnah sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam dewan kuliah besar yang macam auditorium mini tu.
Suasana masih lengang. Pelajar baru mula masuk perlahan-lahan. Umar jalan senyap-senyap ke baris paling belakang, tempat paling hujung, nak sorok diri. Standard spot budak antisosial.
Dia baru nak duduk, bila tiba-tiba—
Tepuk.
Satu tangan keras tepuk bahu dia dari belakang. Umar terkaku.
Dia toleh. Hati dia terus jatuh ke perut.
Imran Fahim.
Senyuman sinis menghias wajah lelaki itu. Duduk bersilang kaki atas kerusi belakang, dengan dua orang gengnya di kiri kanan.
"Eh… Umar, Umar. Tak sangka kita satu kelas? Kecilnya dunia," suara Imran perlahan, tapi cukup jelas untuk cucuk jiwa.
Umar kelip mata laju. "Tapi... awak senior, kan?"
Imran sengih. “Aku suka ulang subjek. Best belajar dengan budak-budak suci macam kau.”
Seorang geng Imran menyampuk, “Kitorang repeat subjek ni sebab... penting sangat. Nak ‘bimbing’ junior-junior baru.”
Ketawa kecil kedengaran.
Umar diam. Tak balas. Tak nak panjangkan. Tapi dia juga tak bangun, tak lari.
Imran pandang dia tajam, tunggu reaksi. Tapi Umar hanya buka buku, letak atas meja. Cuma sempat sebut lembut:
"Kalau dah tahu salah, buat apa ulang?"
Imran terdiam sesaat. Muka berubah. Dia tak sangka budak skema ni boleh sound balik... dengan tenang.
"Ooh. Pandai cakap sekarang," bisik Imran. Dia sandar balik, jari-jari main dengan pen.
“Tapi jangan risau… kelas ni panjang. Banyak masa kita nak… berkenalan lebih dekat.”
Umar terus tunduk. Tapi dalam hati dia, dia tahu—Imran tak akan berhenti. Tapi dia pun bukan jenis mudah goyah.
20Please respect copyright.PENANAKP9XBl0ytU
20Please respect copyright.PENANAAQtvN21sjE
20Please respect copyright.PENANAHFletuuRma
20Please respect copyright.PENANAgBzgq0XW38
20Please respect copyright.PENANAuuJvuLnFPn
20Please respect copyright.PENANAsjVnOjJ81D
20Please respect copyright.PENANAQlzO2siBYY
20Please respect copyright.PENANAQk8kAdjxyR
20Please respect copyright.PENANAxR9WCIyszl
20Please respect copyright.PENANASkjSWjixRV
20Please respect copyright.PENANAaitRpawDtB
20Please respect copyright.PENANAEabpg9Akd3
20Please respect copyright.PENANADmLLaXSaY3
20Please respect copyright.PENANAUfJLQZleEZ
20Please respect copyright.PENANA2IlohgB9El
20Please respect copyright.PENANA5KZHYMhDVY
20Please respect copyright.PENANAwkDX9v18qq
20Please respect copyright.PENANAm9FuB39GhF
20Please respect copyright.PENANAvb1kgokQmu
20Please respect copyright.PENANA6qde72Kinz
20Please respect copyright.PENANAun11GpKSOc
20Please respect copyright.PENANASlaCffNl9m
20Please respect copyright.PENANA4wCrnPb5d1
‘Kalau dia rasa aku akan takut, dia silap orang.’
ns216.73.216.0da2