Tukar Anggota Badan
3380Please respect copyright.PENANAyai8YdLglt
Amir adalah seorang pelajar biasa tingkatan empat aliran sains. Ketika dalam perjalanan pulang, Amir terlihat seorang nenek tua terjatuh akibat tertolak dengan rakan-rakan sekolahnya yang berkejar-kejaran. Lantas Amir cepat-cepat membantu nenek tua tersebut untuk bangun semula. Nenek tua tersebut berterima kasih atas bantuan Amir, dan sebagai balasannya, memaklumkan pada Amir bahawa dia ada kuasa yang terpendam. Apakah kuasa terpendam tersebut?
Nenek: Terima kasih Cu, sebab tolong nenek bangun. Kalau Cu tak tolong nenek, siapalah lagi...3380Please respect copyright.PENANAJd5zG4oZbD
Amir: Tak mengapa Nek. Nasib baik nenek tak ada apa-apa, cuma terguris sikit je kulit nenek kat tempat jatuh. Nenek nak saya tolong temankan nenek balik rumah?3380Please respect copyright.PENANAx0F5JXVdQl
Nenek: Tak mengapalah Cu. Rumah nenek dekat je, hujung jalan ni naik atas sikit. Cu baik orangnya, hati bersih, dan nek nampak Cu ada kuasa terpendam dalam diri Cu.3380Please respect copyright.PENANA50e1kWhdXA
Amir: Eh ye ke Nek? Saya macam adiwira Superman ke? Atau ada kekuatan seperti Badang? 3380Please respect copyright.PENANAlsibcHEcMA
Nenek: Bukan begitu Cu. Kalau Cu nak tahu, Cu ikutlah nenek balik ke teratak nenek. Senang sikit nak jelaskan pada Cu.3380Please respect copyright.PENANA2l0sYO3pjk
Tanpa berbasa basi lagi, Amir pun temankan Nenek pulang sampai ke rumah.3380Please respect copyright.PENANA5ljh8u7MaT
---3380Please respect copyright.PENANAp2dq52bTmv
Setiba di rumah Nenek, Amir terkejut melihat sebuah rumah agam yang tersergam indah. Bukan sebarangan Nenek Tua ini rupanya. 3380Please respect copyright.PENANA74EqJlCXMq
Amir: Nenek duduk dengan siapa lagi kat rumah ni?3380Please respect copyright.PENANAuhYGqF7cyv
Nenek: Nenek duduk dengan Atok. Atok ada kat dalam tu.... Assalamu'alaikum Pa. Ma dah sampai, tolong bukakan pintu.3380Please respect copyright.PENANAGJVSheeq5l
Seorang lelaki tua, Atok membuka pintu. 3380Please respect copyright.PENANAmlb5UeIAUH
Atok: Wa'alaikumussalam. Eh sapa Ma bawa balik ni.3380Please respect copyright.PENANA9lufdqidtG
Nenek: Cu ni yang tolong Ma bangun masa Ma terjatuh tadi. Ma perasan yang Cu ni ada kuasa terpendam dalam dirinya. Mungkin Pa boleh tolong buka mangga yang mengunci kuasa terpendam Cu ni. 3380Please respect copyright.PENANAUX3ya3ofhG
Atok: Hmmm... Apa nama Cu?3380Please respect copyright.PENANAk9AUGM0LT0
Nenek: Terlupa pula nak tanya nama Cu. Apa ye?3380Please respect copyright.PENANAwpjtpEJo2K
Amir: Nama saya Muhammad Amiruddin. Panggil Amir je Nek, Tok.3380Please respect copyright.PENANACOodt9042H
Atok dan Nenek: Oh Amir.3380Please respect copyright.PENANAfafX6CpLmH
Atok: Amir, marilah masuk. Atok pun dapat rasakan yang Amir ada kuasa terpendam. Jom ke bilik kerja Atok.3380Please respect copyright.PENANAGnUfRTRbWc