Iskandar Zulkarnain menyanyi riang sambil membawa seekor ayam hutan yang berjaya ditangkapnya. Iskandar Zulkarnain merupakan seorang budak lelaki yang periang dan nakal, suka merayau seorang diri. Dari kejauhan, dia terdengar suara budak perempuan menjerit.
299Please respect copyright.PENANAzjO9c4ZhqQ
"Pak Ganali..saya dah tak larat nak lari lagi. Saya nak pergi dekat mak." Rayu Launa Waceera.
299Please respect copyright.PENANAGSSTQsVAxn
"Tak boleh. Cepat lari. Perempuan Iblis tu dah nak tangkap kita. Cepat lari." Pak Ganali berusaha melarikan diri sambil memimpin tangan Launa Waceera dan Caera Yalinda.
299Please respect copyright.PENANAYynLqkGLnK
"Saya dah tak larat lagi Pak Ganali." Kata Launa Waceera kepenatan.
299Please respect copyright.PENANARTIcabeOKi
"Mari. Pakcik dukung kamu." Pak Ganali mengendong Launa Waceera sambil memegang tangan Caera Yalinda.
299Please respect copyright.PENANArDIlZoZhwB
Namun baru beberapa langkah, Ratu Lidya telahpun berdiri dihadapan.
299Please respect copyright.PENANAsgvL5OCUvd
"Cantiknya kedua-dua budak perempuan ni." Kata Ratu Lidya sambil tersenyum sinis.
299Please respect copyright.PENANAvPE3pBC1th
Pak Ganali berasa cuak dan kaku. Launa Waceera dan Caera Yalinda yang ketakutan memeluk erat tubuh Pak Ganali.
299Please respect copyright.PENANA416GikIUWC
Pak Ganali menurunkan Launa Waceera. Sudah sekian lama dia berkhidmat bersama keluarga Lutfi. Walau apa pun terjadi, dia akan mempertahankan keselamatan ahli keluarga Tuan Lutfi.
299Please respect copyright.PENANAVVkkHpsEOm
"Launa, Caera, cepat lari dari sini."kata Pak Ganali.
299Please respect copyright.PENANA9t9z88RnE6
Dia menghunuskan parang yang terselit dipinggangnya, bersedia untuk melawan.
299Please respect copyright.PENANA7KIpQg40uV
"Kalau kau nak apa-apakan budak-budak ni, langkah mayat aku dulu." Jerit Pak Ganali dan meluru kehadapan.
299Please respect copyright.PENANA4H6qaeiZ3P
Belum sempat parangnya menetak wajah Ratu Lidya, perutnya terasa pedih yang teramat sangat. Berus cemara, senjata Ratu Lidya telahpun menembusi tubuhnya. Tanpa sebarang reaksi, Ratu Lidya merentap keluar berus cemaranya membuatkan Pak Ganali terpelanting kebelakang dengan darang merah terhembus keluar dari mulutnya.
299Please respect copyright.PENANAHhWFnrx2Cj
"Pak Ganali!!" Launa Waceera dan Caera Yalinda menjerit serentak memanggil Pak Ganali yang telah kehilangan nyawa itu.
299Please respect copyright.PENANAkMUvZVTPED
Ratu Lidya melompat lalu segera merangkul tubuh Launa Waceera. Baru sahaja dia ingin membunuh budak itu, dia terlihat sehelai sapu tangan yang amat dikenalinya terikat pada leher budak itu. Ratu Lidya terkesima. Sapu tangan itu adalah milik adik kepada Tuan Lutfi, iaitu Lutfan, lelaki yang dia cintai. Sapu tangan itu dikait sendiri oleh Ratu Lidya. Kenangan lama segera menerpa didalam kepalanya. Perlahan-lahan tubuh Launa Waceera dilepaskan. Launa Waceera mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri.
299Please respect copyright.PENANA0bmL7UoD51
"Caera..cepat lari." Launa Waceera menarik tangan sepupunya itu.
299Please respect copyright.PENANAKHcsy6MAd7
Ratu Lidya yang tersedar, menangkap pula Caera Yalinda.
299Please respect copyright.PENANAzh0Guj1uqT
"Aku takkan lepaskan kamu walaupun aku lepaskan dia." Kata Ratu Lidya.
299Please respect copyright.PENANAZaOB2lASwx
"Kakak Caera juga ada sapu tangan." Jerit Launa Waceera.
299Please respect copyright.PENANAx0e1mTsjba
Ratu Lidya tersentak lagi. Dia melihat sehelai sapu tangan yang sama turut terikat di leher Caera Yalinda.
299Please respect copyright.PENANAnex0WcHMuJ
Dikesempatan ini, Launa Waceera segera melepaskan sepupunya dari Ratu Lidya. Mereka berdua segera melarikan diri.
299Please respect copyright.PENANAVuX30Es6lT
"Lutfi...kau nak selamatkan dua orang dengan sehelai sapu tangan? Huh..aku takkan lepaskan mereka berdua!" Kata Ratu Lidya. Dia segera mengejar kedua-dua budak perempuan itu.
299Please respect copyright.PENANA596zTVBaHX
Iskandar Zulkarnain yang dari tadi bersembunyi melihat kejadian itu, segera menerpa kearah Launa Waceera dan Caera Yalinda.
299Please respect copyright.PENANAVZpYyqlrJ8
" Cepat lari." Iskandar Zulkarnain memimpin kedua tangan mereka dan melarikan diri.
299Please respect copyright.PENANABOG9JULseg
Mereka bertiga melarikan diri dengan sepenuh hati. Ratu Lidya yang semakin mendekati, tiba-tiba terhenti apabila merasakan kehadiran seseorang. Tiba-tiba, dadanya seperti dihentam sesuatu. Ratu Lidya yang kesakitan memegang dadanya yang pedih sambil melihat keadaaan sekeliling.
299Please respect copyright.PENANAHhtpSUSJXm
"Siapa kau? Keluarlah!" Kata Ratu Lidya.
299Please respect copyright.PENANAnfWRRqzibN
Seorang lelaki tua kemudiannya keluar dari tempat persembunyiannya. Dia segera mendapatkan budak-budak itu.
299Please respect copyright.PENANAmqSBVVys3r
"Hei budak kecil. Perempuan ni sungguh garang. Pergi pukul dia." Kata lelaki tua itu.
299Please respect copyright.PENANA5JmKXfJzgZ
" Hah? Saya..saya tak berani." Caera Yalinda menjawab naif.
299Please respect copyright.PENANAVH5vResXpT
"Apa yang kamu takut? Pergi pukul dia." Lelaki tua itu berkata lagi lalu menolak Caera Yalinda kehadapan.
299Please respect copyright.PENANAQadKHTeTr4
Caera Yalinda yang ketakutan menjerit kuat. Kemudian lelaki tua itu melakukan jurus jentikan angin, lalu menjentik kearah Ratu Lidya. Ratu Lidya yang tidak sempat mengelak, tersentak kebelakang apabila serangan itu mengenai dadanya. Caera Yalinda yang menjerit ketakutan, dengan spontan menampar wajah Ratu Lidya. Ratu Lidya yang berang, mahu memukul Caera Yalinda, namun lelaki tua itu sekali lagi melakukan jurus jentikan angin membuatkan Ratu Lidya akhirnya jatuh melutut. Melihat keadaaan itu, kali ini Caera Yalinda dengan rela menampar wajah Ratu Lidya sekali lagi.
299Please respect copyright.PENANACQMHNGv0LJ
"Bagus pukulan kamu. Pukul dia lagi." Kata lelaki tua itu lagi.
299Please respect copyright.PENANA6J4ZOjxRr3
"Tak guna." Ratu Lidya yang berasa terhina, menghayunkan penumbuknya ke wajah Caera Yalinda.
299Please respect copyright.PENANAMZdqrgDKq0
Belum sempat tumbukannya mengenai, lelaki tua itu menarik kembali Caera Yalinda kebelakang.
299Please respect copyright.PENANAm6rtqL4iMx
Ratu Lidya cuba menenangkan diri. Dia berdiri kembali dan mengambil nafas.
299Please respect copyright.PENANAWXzzjR000o
"Kamu, Datuk Hambali, bukan?" Kata Ratu Lidya.
299Please respect copyright.PENANAHkuO5FqwWS
"Selain tuan Pulau Temasik, tiada orang lagi yang dapat menjatuhkan serangan berus cemara saya dengan mengunakan jurus jentikan angin." Kata Ratu Lidya.
299Please respect copyright.PENANAzb8ISXgE6e
Ratu Lidya kemudiannya melemparkan beberapa bilah jarum beracun kearah Datuk Hambali. Datuk Hambali berundur kebelakang dan memutarkan tangannya keudara untuk mematahkan serangan jarum beracun yang laju itu. Ratu Lidya sekali lagi melemparkan jarum beracun kearah Caera Yalinda.
299Please respect copyright.PENANAH9POXRc5dM
"Hati-hati." Jerit Iskandar Zulkarnain.
299Please respect copyright.PENANAWBv5kUdpac
Caera Yalinda yang kelihatan terpinga-pinga itu jatuh terbaring apabila terkena tusukan jarum beracun itu. Datuk Hambali segera mendapatkan Caera Yalinda dan mematikan urat pada tubuh budak itu bagi menghalang bisa racun dari merebak cepat.
299Please respect copyright.PENANAstjlRGIFcO
Ratu Lidya tersenyum. Dia kemudiannya menerpa kearah Launa Waceera. Iskandar Zulkarnain cuba menghalang namun tubuhnya ditendang kuat dan terpelanting. Datuk Hambali memyambut tubuh Iskandar Zulkarnain. Ratu Lidya kemudiannya melarikan Launa Waceera dan meninggalkan tempat itu.
299Please respect copyright.PENANAWjfAQjxYnL
"Sungguh kejam perempuan tu." Kata Datuk Hambali.
299Please respect copyright.PENANACDn4uLQXaQ
"Iskandar!" Terdengar suara sedang memanggil nama Iskandar Zulkarnain.
299Please respect copyright.PENANAS25V3xOKL9
"Pak long. Pak long. Saya ada kat sini." Iskandar Zulkarnain menyahut.
299Please respect copyright.PENANAqcNQmlzCra
"Huh. Dia juga dah datang. Aku tak mahu jumpa dia." Kata Datuk Hambali. Dia kemudiannya mendukung tubuh Caera Yalinda yang sudah cedera lalu bergerak meninggalkan tempat itu.
299Please respect copyright.PENANAkYlSEA0seL
*****
299Please respect copyright.PENANApbE1h0qeWg
Zulkarnain Shah dan Iskandar Zulkarnain meneruskan perjalanan mereka. Puas dia mencari anak asuhannya itu.
299Please respect copyright.PENANAygxEYWiXd8
"Iskandar. Kamu dah puas bermain dalam perjalanan kita ni. Jangan buat macam tu lagi bila sampai ke Puncak Ledang nanti. Dengar tak?" Zulkarnain Shah menasihatkan anak asuhannya.
299Please respect copyright.PENANAf0kcjIRNFn
"Saya tak kisah kalau pak long dan mak long tak izinkan saya tinggal di Pulau Temasik lagi, tapi kenapa nak hantar saya ke Puncak Ledang? Saya boleh hidup bebas dekat luar sana." Kata Iskandar Zulkarnain.
299Please respect copyright.PENANAPIRkKwaUV3
"Iskandar. Kami mengajar kamu secara tegas demi kebaikan kamu. Kamu tak boleh bersikap nakal lagi." Zulkarnain Shah menjelaskan.
299Please respect copyright.PENANAnUj9gtGZ6Y
"Kalau pak long nak halau saya, janganlah hantar saya kesana."
299Please respect copyright.PENANA0xDmUKIWtH
"Iskandar, kami bukan nak halau kamu, silat gagak hitam yang kamu belajar tu kamu gunakan sesuka hati untuk memukul budak-budak lain di Pulau Temasik. Kamu kena tahu, semua adik beradik angkat datuk kamu tu dibunuh oleh Oberon Yagana. Hanya Oberon Yagana yang amalkan silat gagak hitam tu. Datuk kamu amat bencikan Oberon Yagana dan silat gagak hitam. Macam mana dia nak bersabar dengan kamu lagi?" Zulkarnain Shah berkata panjang lebar.
299Please respect copyright.PENANAknlddk2eNz
"Pergilah lawan dengan Oberon Yagana tu. Kenapa salahkan saya pula?" Soal Iskandar Zulkarnain.
299Please respect copyright.PENANAXBrPeVLMnt
"Iskandar, kami hantar kamu ke Puncak Ledang bukan bermakna menghalau kamu. Kamu tahu, silat pengasas aliran Al Qalam, Aria Putra adalah yang terhebat dalam dunia persilatan. Silat aliran Al Qalam adalah antara silat paling asal. Kamu dapat belajar banyak ilmu yang berharga di sana. Pak long akan jemput kamu balik lepas beberapa tahun." Pujuk Zulkarnain Shah.
299Please respect copyright.PENANAllVmMt1b8u
"Saya tak mahu balik ke Pulau Temasik lagi. Saya benci tempat tu." Kata Iskandar Zulkarnain yang menukar arah laluan dalam diam.
299Please respect copyright.PENANACNvbQ5yn3R
Zulkarnain Shah hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Iskandar Zulkarnain yang keras kepala itu. Tanpa pilihan, Zulkarnain Shah mendukung tubuh Iskandar Zulkarnain dan meneruskan perjalanan mereka tanpa mempedulikan rontaan anak asuhannya itu.
299Please respect copyright.PENANAKm3z3HNWCf