
Ustazah Nurul menatap wajahnya di cermin sebelum mengenakan tudung bawal pink yang kemas. Senyumannya terukir nipis—hari ini hari pertamanya mengajar di sekolah baru. Sebagai seorang isteri, berpindah mengikut suaminya adalah satu tanggungjawab, dan dia tidak kisah. Lagipun, dia mahu memulakan hidup baru di tempat yang lebih tenang selepas perkawinannya dengan Amir.
Sekolah Menengah Sri Murni kelihatan sederhana tetapi bersih dan teratur. Saat dia melangkah masuk ke pekarangan sekolah, beberapa pelajar yang lalu tersenyum dan memberi salam.
"Assalamualaikum, ustazah."
"Waalaikumsalam," jawabnya dengan nada lembut.
Wajahnya yang lembut dan menawan dihiasi senyuman sopan. Pakaian longgar yang dipakainya tetap gagal menyembunyikan bentuk tubuhnya yang menggiurkan. Sejak dia tiba, sudah beberapa pasang mata memandangnya dengan penuh minat.
Walaupun ini kali pertama dia di sini, dia dapat merasakan perhatian yang tertumpu kepadanya. Pandangan mata pelajar-pelajar lelaki yang curi-curi memandangnya, bisik-bisik kecil daripada kumpulan guru wanita yang sedang berbual di bawah pokok rendang.
"Macam macam model siot," bisik salah seorang murid lelaki kepada rakannya.
"Baru kahwin, kan? Untung betul suami dia dapat bini jackpot macam tu.." sambung mereka lagi.
Nurul hanya tersenyum, sudah biasa dengan perhatian yang berlebihan sebegitu. Sejak zaman universiti, kecantikannya sering menjadi buah mulut orang. Namun, dia tidak pernah menggunakan kelebihan itu untuk mengambil kesempatan terhadap sesiapa.
Di bilik guru, dia diperkenalkan kepada rakan-rakan sekerjanya oleh Puan Hamidah, guru kanan yang ramah dan berpengalaman.
"Ini Ustazah Nurul, guru baharu kita. Dia akan mengajar Pendidikan Islam," kata Puan Hamidah dengan senyuman mesra.
Seorang guru lelaki, Cikgu Haris, mengangguk sambil tersenyum. "Selamat datang, ustazah. Mesti ramai murid lelaki tak sabar nak masuk kelas nanti."
Beberapa guru wanita tersenyum nipis tetapi ada yang hanya memandang tanpa reaksi. Nurul sedar dia perlu bijak menyesuaikan diri.
Hari pertama berlalu dengan baik. Murid-muridnya memberikan reaksi yang positif, dan suasana sekolah itu terasa selesa. Sewaktu waktu rehat, dia dijemput duduk bersama beberapa orang guru wanita yang lebih senior.
"Suami ustazah kerja di mana?" tanya Puan Hamidah, menuangkan teh ke dalam cawan kecil.
"Dia pegawai bank, baru ditukarkan ke cawangan daerah ni," jawab Nurul sambil tersenyum.
"Oh, patutlah ustazah ikut berpindah. Baguslah, boleh bina hidup baru di sini."
Nurul mengangguk setuju. Dia memang mahu memulakan fasa baru dalam hidupnya—tenang, jauh dari kesibukan bandar.
Hari-hari berlalu dengan tenang. Ustazah Nurul semakin menyesuaikan diri dengan suasana sekolah barunya. Murid-murid menghormatinya, para guru mula menerima kehadirannya, dan dia menikmati rutinnya sebagai seorang pendidik.
Setiap pagi, dia akan tiba lebih awal, menikmati udara segar sebelum memulakan tugasnya di kelas. Namun, pada suatu pagi, ketika dia memandu masuk ke kawasan sekolah, langkahnya terhenti sebaik sahaja pintu pagar sekolah dibuka oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
Dia tinggi dan berbadan gempal, mengenakan uniform pengawal keselamatan berwarna biru tua. Namun, apa yang membuatkan Nurul sedikit terkejut adalah wajahnya.
Sebahagian besar mukanya dipenuhi parut tebal, seolah-olah pernah mengalami kecederaan teruk akibat kebakaran. Luka itu memberikan kesan menakutkan—garis-garis merah gelap yang bersilang di pipi dan dahinya, membuatkan ekspresinya kelihatan lebih garang daripada biasa.
Sekilas, mata mereka bertemu.
Lelaki itu tidak berkata apa-apa, hanya sekadar mengangkat tangan sedikit sebagai tanda menyambut kehadirannya. Nurul, yang masih terkejut dengan penampilan lelaki itu, membalas dengan senyuman kecil sebelum berjalan laju ke bilik guru.
Setibanya di dalam bilik, dia menarik nafas dalam. Perasaan aneh menyelinap dalam dirinya, tetapi dia tidak tahu kenapa.
"Cikgu, tadi saya nampak seorang pengawal baru di pintu pagar. Siapa dia?" tanyanya kepada Puan Hamidah yang sedang menyusun buku di meja.
Puan Hamidah mendongak dan tersenyum kecil. "Oh, itu Uncle Raju. Dia bukan pengawal baru, dia memang dah lama kerja sini. Baru seminggu bercuti sebab dia habiskan cuti tahunannya."
"Uncle Raju?" Nurul mengulang nama itu perlahan.
"Ya, dia memang nampak garang sebab muka dia macam tu, tapi dia sebenarnya baik. Murid-murid pun dah biasa dengan dia. Jangan risau, dia bukan jenis yang suka cari masalah."
Nurul mengangguk. Ada sesuatu dalam renungan lelaki itu yang membuatnya tidak selesa, tetapi dia cuba mengabaikannya.
###
Dalam beberapa minggu, nama Ustazah Nurul sudah menjadi sebutan dan siulan di sekolah itu. Murid-murid lelaki mula menunjukkan minat yang berlebihan, malah beberapa orang guru lelaki juga semakin kerap mencari peluang berbual dengannya dan mencuba nasib untuk menggatal walaupun tahu dia sudah bersuami.
Di kantin, para pekerja suka melayaninya dengan lebih baik daripada orang lain. Setiap hari, ada sahaja orang yang ingin mengambil peluang untuk berada dekat dengannya.
Namun, satu perkara yang lebih merisaukannya adalah pandangan Uncle Raju.
Setiap kali dia melintasi pondok pengawal, dia merasakan lelaki itu sedang memperhatikannya. Tidak pernah dengan jelas, tetapi cukup untuk membuat bulu romanya berdiri.
Satu hari, ketika dia sedang menuju ke tempat letak kereta selepas tamat sesi persekolahan, hujan mula turun dengan lebat. Dia berlari anak sambil memeluk failnya.
Tiba-tiba, kakinya tergelincir dan dia hampir jatuh, tetapi sebelum tubuhnya menyentuh tanah, satu tangan yang kuat memegang lengannya.
"Berhati-hati, ustazah," suara dalam itu berbisik dekat di telinganya.
Jantungnya berdegup kencang. Dia mendongak dan melihat wajah penuh parut itu. Uncle Raju.
Dia menelan liur, merasakan genggaman lelaki itu kuat di lengannya.
"Saya... saya boleh berdiri sendiri," katanya, cuba menarik lengannya dan menepis tangan Uncle Raju.
Lelaki itu melepaskan pegangannya perlahan-lahan, tetapi matanya tetap terpaku pada Nurul. Ada sesuatu dalam renungannya—sesuatu yang membuatnya resah.
"Terima kasih," katanya sambil berundur perlahan.
Uncle Raju hanya mengangguk, tetapi senyuman kecil di bibirnya membuatkan Nurul semakin tidak selesa.
Pagi Rabu itu bermula dengan ketegangan. Ustazah Nurul berdiri tegak di hadapan meja Guru Besar, hatinya berdebar kencang. Wajah Guru Besar, Encik Razman, jelas menunjukkan kekecewaan.
"Ustazah Nurul, saya kecewa. Saya minta laporan penilaian kelas minggu lepas, tapi sampai sekarang belum siap? Ini bukan sikap seorang guru yang bertanggungjawab."
"Saya minta maaf, Encik Razman. Saya benar-benar terlupa. Saya akan siapkan segera."
"Ini bukan soal minta maaf, ustazah. Sebagai seorang guru baharu, awak sepatutnya lebih berdisiplin. Tolong jangan ulangi kesilapan ini lagi."
Nurul menundukkan kepala. Malu dan marah bercampur dalam dirinya. Dia bukan seorang yang suka cuai, tetapi kerana sibuk menyesuaikan diri di sekolah baru, serta banyak tugasan sampingan, dia benar-benar terlepas pandang.
Keluar dari bilik Guru Besar, dia menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri. Namun, moodnya masih kurang baik.
Tiba-tiba— "ahhhhhhhhhhhh~tolong..."
Jeritan seorang pelajar perempuan bergema dari arah pondok pengawal.
Jantung Nurul berdegup kencang. Tanpa berfikir panjang, dia segera berlari ke arah suara itu.
Setibanya di sana, matanya membulat melihat Uncle Raju memegang kuat pergelangan tangan seorang pelajar perempuan. Gadis itu kelihatan ketakutan, matanya berkaca, cuba meronta.
Tanpa usul periksa, Nurul meluru ke hadapan dan mengangkat tangannya.
"Pang!" Tamparan itu bergema di udara, hinggap tepat di pipi Uncle Raju.
Suasana sunyi seketika.
Beberapa pelajar yang melihat kejadian itu terkejut, mulut mereka ternganga. Murid perempuan tadi segera berlari mendapatkan rakan-rakannya, sementara Uncle Raju sendiri terkaku di tempatnya.
Ustazah Nurul bernafas laju, matanya menikam lelaki itu dengan kemarahan yang meluap.
"Berani kau nak sentuh pelajar perempuan di sekolah ni? Apa yang kau cuba buat?" suaranya bergetar, penuh amarah.
Uncle Raju mengusap pipinya yang merah akibat tamparan itu. Matanya membara, bukan kerana sakit, tetapi kerana penghinaan yang baru sahaja diterimanya di hadapan semua orang.
"Saya tak buat apa-apa, ustazah. Saya cuma—"
"Jangan cakap banyak! Saya akan laporkan ini kepada Guru Besar!" Nurul menyilang tangan di dada, tidak memberi peluang untuk lelaki itu membela diri.
Uncle Raju mengetap bibir. Matanya yang biasanya penuh ketenangan kini berubah—ada sesuatu yang gelap menyelinap di dalamnya. Dia memandang ustazah Nurul yang bergerak perlahan dan semakin menjauh, dengan pandangan tidak berkelip. Matanya sedikit menjengkel dan marah.
Muthu baru sahaja sampai di parking tempat letak motor di sekolah itu untuk memulakan shift petangnya, terkejut apabila dia melihat kejadian itu dari jauh—ayahnya berdiri kaku di hadapan pondok pengawal dengan pipi merah akibat tamparan dan dikelilingi oleh ramai pelajar.
Beberapa pelajar masih berbisik-bisik, dan sebilangan guru yang melintasi kawasan itu kelihatan serba salah untuk mendekati ayahnya.
Muthu segera berlari mendapatkan ayahnya. Hatinya berdebar-debar memikirkan apa yang telah berlaku.
"Appa! Enna achi?" (Ayah! Apa yang terjadi?)
Uncle Raju masih terdiam. Matanya masih terpaku ke arah sosok tubuh Ustazah Nurul yang sedang berjalan menjauh, bahunya tegak, seolah-olah baru sahaja menyelesaikan satu tugas besar.
"Appa! Yaar thittina?" (Ayah! Siapa yang tampar ayah?) suara Muthu sedikit meninggi, matanya liar mencari pelaku yang menampar ayahnya.
Uncle Raju menarik nafas perlahan tanpa dapat mengukapkan kata-kata, ini kali pertama dia dimalukan sebegitu rupa dihadapan orang ramai.
"Ustazah baru itu yang tampar Uncle Raju." jawab pelajar perempuan berdekatannya.
Muthu tersentak. "Enna? Edhuku avan apdi senjan?" (Apa? Kenapa dia buat begitu?) matanya meliar melihat kerumunan pelajar-pelajar disitu cuba mencari kelibat ustazah itu.
Uncle Raju memandang anaknya, kemudian menoleh ke arah kumpulan pelajar yang masih berbisik tidak jauh dari situ. Dia mengeluh sebelum menjawab perlahan, "Ada pelajar perempuan terjatuh. Ayah cuma cuba bantu dia bangun. Tapi sebelum ayah sempat jelaskan, ustazah tu sudah tampar ayah depan semua orang." riak wajahnya menunjukkan kesedihan.
Wajah Muthu berubah merah padam. Tangan kanannya mengepal kuat.
"Dei, ippadi pattai thookikittiyah?" (Kenapa kau biarkan saja, ayah?) ucapnya dengan perasaan marah membara.
Dia berpaling, matanya membara. "Idhu poi sonnathu, appa! Avan munnadiye ungaloda mariyadhai keduthuttan! Naan idhai nadakkave vidamudiyathu!" (Ini fitnah, ayah! Dia jatuhkan maruah ayah depan orang ramai! Aku tak boleh biarkan ini berlaku!)
Tanpa menunggu jawapan, Muthu berpusing, bersedia untuk berjalan ke bilik guru. Mahu berhadapan dengan orang yang menghina ayahnya ini.
Namun, sebelum dia sempat bergerak lebih jauh, sebuah tangan yang kasar menggenggam lengannya dengan kuat.
"Muthu, pothum. Vazhakkai perisaaka vendam." (Muthu, sudah. Jangan panjangkan perkara ini.) suara Uncle Raju kedengaran tegas tetapi penuh kawalan.
"Aana appa—" (Tapi ayah—)
"Appa sandai poda virumbala. Idhu pallikoodam. Namma vazhkai thedi velai seyyrom, kadavul thedi illai." (Ayah tak mahu bergaduh. Ini sekolah. Kita kerja cari rezeki, bukan cari musuh.) katanya dengan sedikit meninggi.
Muthu mengertap gigi. Dia masih tidak puas hati, tetapi dia tahu apabila ayahnya bersuara dengan nada begitu, itu bermakna tiada gunanya untuk terus membantah. Dia patuh, untuk kali ini.
Namun, di dalam hatinya, api amarah masih menyala. Mungkin ayahnya boleh melupakan penghinaan ini, tetapi tidak baginya. Maruah keluarganya perlu dibela.
Sejak insiden tamparan itu, suasana sekolah menjadi kecoh.
Khabar angin tersebar dengan cepat— seperti ribut api yang membakar bandar Los Angeles, ada yang mengatakan Uncle Raju cuba mengambil kesempatan terhadap pelajar perempuan itu, ada yang menyatakan dia berniat jahat, dan yang lebih teruk, ada pula yang menokok tambah cerita, menggambarkannya sebagai seorang lelaki yang berbahaya, pedophile.
Kes itu segera dibawa ke hadapan Guru Disiplin, Puan Salmah, dan Guru Besar, Encik Razman.
Uncle Raju dipanggil menghadap, untuk memberikan penjelasan, tetapi tanpa saksi yang jelas, pihak sekolah terpaksa mengambil keputusan untuk menukar shiftnya ke waktu malam sementara siasatan dijalankan.
"Untuk sementara waktu, Encik Raju, kami perlu elakkan sebarang ketegangan di sekolah. Kami akan jalankan siasatan dengan adil," kata Encik Razman dengan nada profesional.
Uncle Raju hanya mengangguk. Tiada bantahan, tiada rayuan.
Namun, jauh di dalam hatinya, dia tahu bahawa apa pun keputusan siasatan, maruahnya sudah hancur. Segala jasa dan niat baiknya selama ini, gugur begitu sahaja disebabkan salah faham.
KES SELESAI, TETAPI...
Beberapa hari kemudian, pelajar perempuan yang terlibat akhirnya tampil membetulkan keadaan.
"Saya jatuh sendiri, Cikgu. Uncle Raju cuma tolong angkat saya, dia tak buat apa-apa yang jahat pun." kata gadis itu dalam satu pertemuan dengan pihak sekolah.
Keputusan rasmi dikeluarkan—Uncle Raju tidak bersalah. Namun, segalanya sudah terlambat.
Walaupun kes sudah ditutup, nama Uncle Raju tetap menjadi bualan. Para pelajar yang ketakutan melihat mukanya, tidak lagi menghormatinya seperti dulu. Ada ibu bapa yang masih memandangnya dengan curiga. Malah, pekerja sekolah sendiri berbisik-bisik apabila dia melintas dihadapan mereka.
Luka fizikal boleh sembuh. Tetapi luka dihati? Ia kekal... dan ia membusuk membuatkan dirinya semakin mendiam, tidak lagi semesra dulu, tidak lagi sebaik seperti dulu.. dan dia mula merasakan dirinya seakan membenci orang disekeliling.
Di bilik guru, Ustazah Nurul duduk termenung. Dia tahu dia telah membuat kesilapan besar. Dia terlalu mengikut emosi, terlalu cepat menghukum tanpa menyelidik kebenaran. Matanya tertancap pada pondok pengawal di luar tingkap. Tempat yang dulu dijaga dengan penuh hormat oleh seorang lelaki, kini terasa suram dan kosong.
Bibirnya terbuka, ingin meluahkan rasa kesal. Tetapi apa gunanya? Kata-kata tidak boleh menghapuskan tamparan yang telah diberikan. Sejak kejadian itu, sesuatu dalam hati Ustazah Nurul berubah. Rasa bersalah semakin menekan pikirannya setiap kali dia melangkah masuk ke sekolah.
Walaupun dia telah dibebaskan dari tuduhan, kepercayaan orang ramai terhadapnya tidak pulih sepenuhnya. Dan Nurul tahu, itu semua adalah salahnya. Setiap pagi, dia menoleh ke arah pondok pengawal, berharap dapat melihat lelaki itu di tempat biasa. Tetapi setiap kali dia ke situ, hanya pengawal lain yang bertugas.
"Uncle Raju mana?" akhirnya dia bertanya kepada seorang pekerja sekolah, Encik Hassan, yang sedang menyapu di sekitar kawasan pagar.
"Oh, dia sekarang shift malam saja. Selepas kes hari tu, pihak sekolah tukar jadual dia," jawab Encik Hassan dengan nada simpati.
Nurul diam. Shift malam. Itu bermakna dia tidak akan bertemu Uncle Raju lagi.
Pada suatu petang, ketika minum di kantin bersama Puan Hamidah, Nurul memberanikan diri bertanya, "Puan, boleh saya tahu... bagaimana Uncle Raju dapat parut di wajahnya?"
Puan Hamidah terdiam seketika, seolah-olah mencari kata-kata yang sesuai. Kemudian, dengan suara perlahan, dia mula bercerita.
"Beberapa belas tahun lalu, rumah Uncle Raju terbakar. Waktu tu, dia ada di luar rumah, dan tiba-tiba api mula marak. Dalam rumah tu, ada isterinya dan anaknya, Muthu. Dia berjaya masuk dan selamatkan Muthu, tapi... isterinya terperangkap dalam api."
Nurul menahan nafas.
"Isterinya meninggal dunia dalam kebakaran tu. Dan Raju? Dia dapat parut di muka sebab cuba menyelamatkan mereka. Sejak hari tu, dia hidup sendirian. Dia kerja di sini sebab tak mahu duduk di rumah yang penuh kenangan dengan arwah isterinya."
Dada Nurul terasa sesak. Dia selama ini menilai lelaki itu berdasarkan rupa luaran, tanpa tahu penderitaan yang dia lalui.
Lelaki yang dia tampar di hadapan semua orang, lelaki yang dia fitnah tanpa usul periksa, adalah seorang suami yang kehilangan isterinya, seorang ayah yang hampir kehilangan anaknya dan dia telah mencemarkan maruahnya tanpa sebab hanya disebabkan rupa parasnya yang menakutkan.
Sejak mendengar cerita itu, Nurul semakin nekad untuk meminta maaf. Pada hari berikutnya, dia menunggu di pondok pengawal selepas waktu sekolah, berharap dapat bertemu Uncle Raju sebelum dia pulang.
Tetapi, dia masih tidak muncul. Hari kedua, dia datang lebih awal, namun masih tiada kelibatnya. Hari ketiga, dia cuba bertanya kepada pekerja sekolah lain, tetapi jawabannya tetap sama—Uncle Raju hanya bekerja pada waktu malam.
Dan setiap kali dia mendengar itu, rasa bersalahnya semakin menyesakkan dada. Dia mahu meminta maaf. Tetapi bagaimana jika peluang itu sudah hilang?
Namun, dia tidak tahu bahawa lelaki yang dia ingin temui itu, sedang menyimpan sesuatu yang lebih gelap di dalam hatinya. Sejak hari itu, hari dimana dia ditampar, dia dimalukan, ada sesuatu yang berubah dalam diri Uncle Raju.
- bersambung -
1181Please respect copyright.PENANA3lfkz28r0a
1181Please respect copyright.PENANAS0MrvSSttK