Minggu-minggu berlalu, dan hubungan antara Akmal dan Mbak Susi semakin rapat, walaupun mereka berdua tahu batas yang tidak sepatutnya dilangkahi. Setiap kali Akmal pulang ke rumah, Mbak Susi menunggu menyambutnya di depan pintu — senyuman manisnya, ayu suaranya, jelas menyebabkan perasaan nya terhadap orang gajinya itu semakin berkembang.
Mbak Susi, yang pada mulanya hanya bersikap profesional, mula menyukai Akmal dalam diam. Ada kelembutan dalam diri Akmal yang membuatkan dia merasa lebih dihargai, sesuatu yang sudah lama hilang sejak suaminya pergi meninggalkan dirinya.
Walaupun begitu, dia tetap berhati-hati. Tiada kata-kata cinta yang terungkap secara terang-terangan. Namun, pandangan mata yang saling bertaut, sentuhan tangan yang tidak sengaja ketika Mbak Susi menghidangkan makanan, dan senyuman yang muncul setiap kali mereka berselisih di rumah, semuanya bagaikan isyarat yang tidak terucap.
Hasbah, di sisi lain, sibuk seperti biasa dengan butiknya, dan tidak pernah menyedari perubahan halus ini. Namun, sesuatu mula berubah dalam hubungan intim antara Akmal dan Hasbah.
Dahulu, walaupun sibuk, Hasbah masih memastikan hubungan mereka sebagai suami isteri tetap terjaga. Mereka akan berhubungan mesra, walaupun hanya seminggu sekali, seperti yang sudah menjadi kebiasaan.
Namun, sejak kebelakangan ini, Akmal kelihatan kurang berminat. Dia tidak lagi memulakan atau menunjukkan keinginan seperti dahulu. Hasbah, yang pada mulanya menyedari perubahan ini, memilih untuk tidak memikirkannya.
Dia menganggap mungkin Akmal juga keletihan dengan kerjanya sebagai analyst manager, atau mungkin tekanan kerja yang semakin banyak.
Pada suatu hujung minggu, Hasbah mencadangkan agar mereka meluangkan masa bersama di rumah. Sudah lama mereka tidak menikmati hari cuti bersama tanpa gangguan kerja.
"Leganya, event dah habis. Hari ni boleh la kita berehat-rehat bersama kan bang. Lama dah tak makan bersama." ujarnya sambil menyapu lotion ke muka.
"Alaa, abang ni setiap minggu free je, ada di rumah. awak tu yang busy sangat.." ngomel Akmal sambil matanya merenung screen telefon bimbitnya, membaca berita online seperti kebiasaan nya.
Hasbah merancang hari itu dengan penuh semangat—mereka akan makan tengahari bersama, menonton filem di ruang tamu, dan mungkin berbual-bual santai seperti yang sering mereka lakukan sebelum kesibukan mengambil alih hidup mereka.
Mbak Susi, seperti biasa, memastikan semuanya sempurna di rumah. Makanan yang dihidangkan hari itu lebih istimewa daripada biasa—rendang ayam kegemaran Akmal dan daging berlado kegemaran Hasbah.
"Prakkkkk, tingg... tang...." Hasbah sibuk di dapur mengambil sesuatu, Akmal mengambil kesempatan untuk bermain mata dengan Mbak Susi dari seberang meja makan. Kakinya mengusik-ngusik manja kaki Mbah Susi. Tatapan mata mereka saling bertaut, penuh dengan makna yang hanya di fahami oleh mereka berdua.
Akmal tersenyum nakal, dan Mbak Susi, dengan sedikit senyuman di bibir, cepat-cepat menundukkan kepalanya, malu tetapi dia masih berhati-hati untuk tidak menyakiti hati Hasbah. Ketika makan tengahari bermula, Akmal cuba untuk bersikap biasa di hadapan Hasbah.
"Jom makan.." Hasbah datang membawa masuk ulam pegaga, sambil mengajak suaminya dan pembantu rumahnya untuk makan bersama.
Mereka mula berbual tentang hal-hal ringan—tentang butiknya yang semakin maju dan perkembangan projek di pejabat Akmal.
Namun, setiap kali Akmal beralih pandangan, matanya akan secara tidak sengaja mencari Mbak Susi yang sedang berjalan-jalan di sekitar dapur dan ruang tamu, mengemaskan pinggan atau menyusun makanan.
Mata mereka kedang-kadang bertaut, dan setiap kali itu juga, hati Akmal bergelora. Hasbah, yang duduk bersebelahan dengan Akmal, tidak menyedari apa-apa yang aneh. Dia merasa lega kerana akhirnya dapat meluangkan masa bersama suaminya. Selesai makan, mereka berpindah ke ruang tamu untuk menonton filem.
"Abang, cerita apa yang best sekarang ni," Hasbah duduk di sebelah Akmal, bersandar manja di bahunya, sementara Akmal sedang melihat-lihat tajuk movie yang berada di aplikasi Netflix.
"Hmm ntahlah sayang, abang pun lama dah tak tengok tv" balasnya spontan. Hatinya tidak sepenuhnya di situ. Setiap kali Mbak Susi muncul di pintu dapur atau lalu di belakang sofa, ekor matanya akan mencuri pandang.
Dia tahu ini tidak sepatutnya berlaku, namun perasaan yang bercampur antara keseronokan dan godaan itu membuatkan dia sukar untuk berhenti. Akmal merasakan suatu kegembiraan aneh—seolah-olah dia sedang bermain dengan api, tetapi menikmati bahang yang semakin panas.
Setiap kali Hasbah tidak melihat, Akmal akan memandang nakal dengan matanya kepada Mbak Susi, yang kadangkala membalas dengan senyuman kecil, tetapi jelas memahami permainan rahsia majikan nya itu.
Namun, di sebalik semua itu, Mbak Susi sendiri mula merasakan tekanan. Dia tahu bahawa perasaan yang di simpan Akmal terhadapnya, tidak sepatutnya ada. Sebagai seorang wanita yang pernah ditinggalkan oleh suami dan dipaksa hidup berdikari untuk menyara anaknya, Mbak Susi telah berjanji pada dirinya untuk tidak melibatkan diri dalam masalah seperti ini lagi.
Hari itu berakhir dengan tenang, tanpa sebarang insiden yang jelas. Hasbah berpuas hati dapat meluangkan seharian masa bersama Akmal, walaupun dia tidak menyedari apa yang sebenarnya sedang berlaku di antara suaminya dan pembantu rumah mereka.
"Jom naik abang, sayang mengantuk dah ni," ujarnya perlahan sambil membawa diri naik ke tingkat atas, bilik tidurnya.
"Ok jap, abang nak minum air dulu." Akmal menutup tv dan bergerak kedapur untuk menghilangkan dahaganya.
Dia melihat Mbah Susi sedang menyusun-yusun pinggang mangkuk yang sudah kering, dan Akmal merapatkan badannya ke arah pembantu rumahnya itu. Nafasnya semakin kuat, tangan dihulur ke depan mengambil cawan.
"Sedap makanannya tadi Mbah, pandai kamu masak ya." puji Akmal.
"Emm, biasa-biasa sahaja pak, memang sudah kebiasaan ku memasak untuk keluarga" jawapnya perlahan, sambil memerhatikan sekeliling, dia tidak mahu bu Hasbah menaruh syak wasangka memandangkan Akmal terlalu dekat dengan dirinya.
"Saya naik dulu ya, Akmal meniup lembut di telinga Mbah Susi, dan berpusing untuk naik keatas tangga, matanya masih melirik tajam melihat badan pembantu rumahnya itu, dengan pakaian yang longgar tapi masih mengiurkan.
Mbak Susi tahu bahawa tarikan Akmal terhadap dirinya semakin kuat, semakin sukar untuk diabaikan. Dia kini terperangkap di antara dua dunia— dunia yang nyata bersama majikan nya, dan, dunia rahsia yang penuh godaan. Dia tahu bahawa dia tidak boleh terus bermain dengan perasaan ini tanpa menghadapi akibatnya.
Tetapi, sejauh mana dia boleh menyembunyikan perasaan yang semakin memuncak ini?
- bersambung -
660Please respect copyright.PENANACgEVQ6OkNy