Sejak beberapa hari ini, Kaknia perasan… mesej-mesejnya yang menyelit nama Aman, langsung tak berbalas. Kalau sebelum ini, setiap kali Kaknia kongsikan sesuatu tentang Aman dari menu yang Aman masak, atau lawaknya di kedai pasti Mimi akan membalas dengan emoji senyum, atau paling tidak, "I see, Mama 😌."
234Please respect copyright.PENANA19m9hvnjvq
Tapi kini? Sunyi.
234Please respect copyright.PENANAHgm3lMwtyZ
Blue tick sahaja yang muncul. Kadang dua jam. Kadang langsung tiada balasan sampai malam.
---
📱 Kaknia:
Tadi Aman masak sambal tumis udang. Muka dia habis berpeluh 🤭Mama usik dia nama Mimi pun dia tersedak. Haha 😄
234Please respect copyright.PENANAllYDpvl9xR
📱 Mimi:
(tiada balasan)
234Please respect copyright.PENANAYemcKlxzOR
---
Kaknia menghela nafas. Disandar tubuh ke dinding dapur. Ditelek gambar Aman yang baru dikirim. Dalam hati, dia tertanya-tanya… “Budak ni takkan tak tertarik langsung?”
234Please respect copyright.PENANAYVPtQP8RW3
------------------------------------
234Please respect copyright.PENANAazaeQZGNHP
Di kolej pula…
234Please respect copyright.PENANA4MlxDO44YQ
Mimi menoleh pada telefonnya sekilas. Wajahnya sedikit merah, senyuman bermain di bibirnya sendiri. Tapi bukan kerana mesej dari mamanya. Sebaliknya, jari-jemarinya sibuk membalas mesej seseorang.
---------------------------------------
📱 Mimi:
“Lepas ni jgn lupa bawa sweater, tahu sejuk nanti…Kalau dpt tempat belakang, kita duduk senyap2 je ok?”
234Please respect copyright.PENANA4v7wb4kmdD
📱 (Mesej balasan, tidak dipaparkan. Hanya dilihat dari skrin Mimi yang tersenyum kecil dan menaip lagi…)
234Please respect copyright.PENANAPdkXBar0c3
📱 Mimi:
“Haha jangan nakal sangat pls 😌 nanti I tarik telinga 😒”
234Please respect copyright.PENANAFRM7t2bYgt
------------------------------------
Dalam Masa Sama, Kaknia mesej tentang Aman
234Please respect copyright.PENANApMNEeuLw8t
📱 Kaknia:
'Aman tolong Mama susun stok tadi. Sempat tanya pasal Mimi 😆'
234Please respect copyright.PENANAZomBrFJ8VA
📱 (Mimi baca tapi tak balas)
(Notifikasi di-swipe ke tepi, dan dia terus buka galeri gambar dalam telefon mungkin lihat gambar outing tadi?)
Kemudian, tanpa membuka mesej mamanya, Mimi hanya meletakkan semula telefonnya dalam beg.
234Please respect copyright.PENANAHpPAwWlxzH
-------------------------------
234Please respect copyright.PENANAiKHQai9n6t
Dalam Perspektif Aman
234Please respect copyright.PENANAcHAzbEPzEL
Aman mula rasa sesuatu berubah. Kalau dulu Mimi ringan mulut walau sepatah dua, kini diam. Dia perasan, ada hari Mimi ke kedai, wajahnya cerah tapi tak langsung menoleh atau bercakap dengannya.
234Please respect copyright.PENANAVOWFMEv3Rz
Kadang-kadang Mimi nampak sibuk balas mesej. Senyum sendiri. Jari menari laju. Tapi bukan balas Kaknia. Dan bukan balas mesej dari Aman sebab dia tahu dia tak pernah dapat nombor Mimi pun.
234Please respect copyright.PENANA6PUGUdNm94
Dalam hati, Aman mula meneka. "Mungkin dia ada seseorang?"
Aman tak pernah harap lebih dari yang mampu dimilikinya. Sejak mula, dia sudah tahu Mimi bukan gadis biasa. Wajahnya, caranya, bahkan senyumannya yang sukar dijangka… semua itu seperti isyarat: “jangan cuba terlalu dekat.”
Dan Aman akur.
Dia mula belajar untuk biarkan. Jika Mimi sudah ada seseorang yang istimewa, biarlah begitu. Dia tak mahu jadi lelaki yang mengganggu dunia orang. Dia tak mahu jadi bayang-bayang yang tak diundang.
Tapi Kaknia lain.
Kaknia seperti tidak mahu berhenti. Seperti dunia ini takkan lengkap jika Aman dan Mimi tidak bersatu.
234Please respect copyright.PENANAsvX1pZjUbe
Hari itu, Kaknia datang ke kedai dengan ekspresi luar biasa yakin.
234Please respect copyright.PENANAsC8YOgwYQD
“Aman, dengar sini. Kaknia dah tanya sendiri dengan Mimi. Kaknia tak main teka. Dia kata dengan sungguh-sungguh tak ada teman lelaki, boyfriend and kekasih hati. Tak ada siapa yang dia kenal lebih dari kawan. Betul. Kaknia percaya. Kalau Kaknia tipu… Kaknia sanggup bersumpah.”
234Please respect copyright.PENANAlSEL58UboG
Aman hanya diam. Menunduk. Tak sanggup tatap mata Kaknia. Takut wajahnya yang tenang menipu isi hati yang sudah mula tawar.
234Please respect copyright.PENANAaQRsUf1Hc1
“Aman, jangan berhenti. Jangan cepat sangat anggap kalah. Perempuan sekarang... kadang dia tunggu kita buat sesuatu luar biasa baru dia terbuka.”
234Please respect copyright.PENANAPdwI0S1gcY
“Tapi kalau betul dia dah ada…” suara Aman akhirnya keluar, perlahan. “Saya tak nak jadi lelaki yang… menyelit.”
234Please respect copyright.PENANA4CWYiOQE6F
“Kalau dia ada orang, Kaknia tak akan paksa. Tapi Kaknia yakin, dia tak ada sesiapa. Kalau dia menolak nanti, itu urusan dia dengan Tuhan. Tapi sekarang ni, Kaknia yang minta… Aman cuba lagi. Please.”
234Please respect copyright.PENANAJlQA7bLQoy
Aman tunduk. Tak menjawab. Tapi Kaknia tahu dia masih akan teruskan. Walau hatinya dah tak yakin. Walau setiap langkah terasa seperti menuju pintu yang tak akan pernah dibuka.
Walaupun dalam keadaan ragu tapi atas dorongan Kaknia, Aman masih percaya segalanya dalam proses. Mimi hanya perlu lebih masa mungkin gadis itu memang jenis sukar didekati. Mungkin juga Mimi sedang uji sejauh mana Aman sanggup berusaha.
234Please respect copyright.PENANAQVeywY3U2H
“Kalau senang dapat, bukan Mimi la namanya…” bisik hati Aman.
234Please respect copyright.PENANADt2yzf2Gdj
Dan begitulah dia masih setia muncul di kedai setiap petang minggu berharap, menanti… walau sekadar sepatah senyuman dari Mimi, yang kini jarang benar muncul.
234Please respect copyright.PENANAYvf8nbvzpe