“Man… abang Mi nak bagitahu sikit.” kata bang mi suami Kaknia
Aman mengangkat kepala dari sudut peti ais mini tempat dia simpan buah potong. Suara abang Mi, suami kepada Kaknia, sentiasa tenang tapi kali ini ada nada lega.
“Saya dan Kaknia nak cuti sikit. Dalam dua minggu juga. Nak rehat, jalan-jalan. Gerai baru pun lambat lagi siap. Dalam masa tu, kau cuti jelah atau kerja tempat lain pun boleh. nanti lepas dua minggu kita terus jumpa kat kedai baru. sini kira lastday dah harini." kata bang Mi lagi
Aman angguk perlahan. Hatinya bercampur rasa antara lega dapat ruang rehat, dan rasa kosong bila memikirkan gerai air buah itu bakal sunyi tanpa tawa pelanggan tetap, tanpa suara manja si pelajar yang minta ‘lebih ais’, tanpa lirikan mata Kaknia yang sentiasa pandai mengusik.
95Please respect copyright.PENANAF0A0CPmc7r
Dan… tanpa Mimi.
95Please respect copyright.PENANANfsVaB7ZD6
Tapi ini juga peluang. Dua minggu bukan masa yang pendek. Kalau bijak guna, dia boleh kenal dunia baru atau orang baru.
Aman berdiri di sisi gerai air buahnya yang sudah hampir ditutup. Payung lusuh yang melindungi dari terik matahari siang hari kini bergetar perlahan ditiup angin petang. Di sinilah dia mula mengenal pelbagai ragam pelanggan kebanyakannya perempuan. Dan bukan calang-calang perempuan.
95Please respect copyright.PENANABfyDkSNdqK
Ada pelajar sekolah menengah, datang beramai-ramai, tapi matanya hanya memandang satu: si penjual air buah yang jarang bercakap tapi senyumannya cukup untuk buat pipi mereka memerah.
95Please respect copyright.PENANAQ3Wmjh7N8T
Ada janda muda, yang katanya “haus sangat” setiap kali datang walau air yang dipesan selalunya sama, jus mangga dengan ais lebih, hirisan buah strawberi dijadikan hiasan katanya “saja nak cantik dalam gambar”.
95Please respect copyright.PENANA41Dw9dvraG
Ada isteri orang, datang waktu tengah hari ketika panas terik dan suami sedang bekerja jauh katanya suka air tembikai Aman, sebab “rasa dia manis lain macam”.
95Please respect copyright.PENANAdTREpMsk0m
Ada yang tak pesan pun air, cuma tanya,
“Abang, kalau saya nak campur buah hati dengan buah mangga, boleh?”
Sambil mata tak lepas merenung Aman dari hujung ke hujung.
95Please respect copyright.PENANAf7qwb2AmMx
Aman hanya ketawa kecil, tahu mereka bergurau, walau kadang-kadang gurauan itu seperti mencuit lebih dalam.
95Please respect copyright.PENANA5SNoZgXMFT
Di sinilah dia belajar membaca maksud di sebalik pesanan. Bila seorang perempuan minta straw panjang, atau ais yang ‘tak terlalu keras’, Aman tahu bukan itu sebenarnya yang mereka cari. Ada juga yang sengaja lambat ambil baki, semata nak bersua mata lebih lama.
95Please respect copyright.PENANA1uvf0TMZTT
Hari ini, dia bakal tinggalkan semua itu.
95Please respect copyright.PENANAWvuIYFNfBp
Pindah ke gerai baharu, perniagaan baharu mungkin lebih besar, lebih strategik. Tapi memori yang terukir di gerai kecil ini takkan mudah hilang.
Tempat di mana setiap titisan air buah bukan sekadar minuman, tapi disulami keinginan tersembunyi, tawa manja, dan lirikan mata yang menyimpan berjuta rahsia.
95Please respect copyright.PENANAnfwxrLIfnf
Kerana bagi Aman,
Gerai ini bukan sekadar tempat jual air tapi tempat dia belajar membezakan dahaga haus tekak dan dahaga yang lebih dalam daripada itu.
Malam itu Aman duduk termenung di bilik sewanya. Telefon di tangan, jari-jemarinya laju meleret ke aplikasi WeChat. Akaun lamanya yang kadang-kadang dibuka, kini aktif kembali. Ada kenalan lama, ada juga wajah baru dan beberapa chat masuk sebaik dia online semula.
95Please respect copyright.PENANAyiLjraZTTF
Status terbarunya: