Lapang mejanya. Tiada apa-apa di atas situ melainkankan pen, stapler dan perkakas-perkakas ofis yang lain, tersusun kemas di bahagian tepi mejanya.
Tiada botol air Pokka, air minuman kegemarannya. Tiada pau ayam atau epok-epok sardin juga. Sama seperti hari sebelumnya, hari Isnin. Kosong.
Dia mengeluh. Selalunya dia tidak berapa kisah kalau lelaki itu tidak membelikanya apa-apa. Tetapi hari ini lain dari hari-hari sebelumnya. Hari ini dia digelar kekasih kepada lelaki itu, secara rasmi.
Dia bukan mengharap sangat lelaki itu membelikannya setiap hari, malah, dia pernah menasihati lelaki itu supaya jangan membazir. Tetapi apabila lelaki itu berdegil dan membelikannya juga, dia sangat terharu dan perasaan sayang kepada lelaki itu semakin mendalam.
Cuma hari itu adalah hari ketiga mereka bersama. Akan tetapi, sejak bertembung dengan Tasya, emaknya itu pada petang Ahad, lelaki itu terus bersikap dingin terhadapnya. Dia terasa seperti ada masalah yang terbit secara tiba-tiba, masalah yang dia langsung tidak mengetahui apa sebabnya. Masalah yang mungkin akan meretakkan percintaan mereka yang baru hendak berputik itu.
Berkali-kali dia bertanya dirinya sendiri...
Apakah yang telah ibunya cakap kepada lelaki itu? Benarkah mereka bertembung dan bertengkar di Midvalley Mall? Atau ada sebab lain? Atau, Khalid berubah hati? Atau lelaki itu ada perempuan lain...
Maya tidak pasti apakah jawapannya tetapi dia sudah mula resah.
"Maya, kau ok tak?" Soal Samsiah yang muncul dihadapannya secara tiba-tiba.
Maya mengukir satu senyuman kelat. Dia cuba menyembunyikan keresahannya dari wanita yang sudahpun dianggap seperti ibunya sendiri. Walaupun dia selalu berkongsi masalahnya dengan wanita itu,namun kali ini dia cuba untuk tidak bercerita apa-apa.
"Saya Ok kak Syam. Takde pape"
Samsiah memahaminya. Mudah untuk dia membaca isi hati gadis yg sudah lebih dua tahun dikenalinya itu.
"Semalam Maya tak dapat jumpa Khalid kan pasal Maya datang lambat? Lepas tu dia pergi site pulak tu satu hari suntuk"
"Haah" gadis itu mengangguk lemah.
"Ha. Khalid dalam lab tu. Lagi 10 minit dia pergi site lagi tau. Tunggu apa lagi Maya. Pergilah jumpa dia sekarang, slow talk dengan dia"
"Slow talk pasal apa?" Soal gadis itu, mushkil
"I know you guys are together and I want you guys to stay together. Don't waste time Maya. Ni peluang keemasan. Besok onwards, di kat site tau all the way dengan Ramesh. Susah nak jumpa dia lagi. Go Maya. Now"
Terangguk-angguk gadis itu.
"Oh ok Sham. Thanks"
Tanpa membuang masa, Maya bangkit dan berjalan pantas ke arah makmal teknikal.
Maya memutar tombol pintu bilik makmal itu, tempat Khalid menguji software yang ditulisnya. Dia mengintai kedalam dan ternampak hanya Khalid seorang diri sahaja yang berada di dalam.
Perlahan-lahan dia berjalan ke arah lelaki itu. Kelihatan Khalid sedang sebok mengemas kertas kertas di atas meja sehingga tidak sedar akan kehadirannya
"Lid" Maya menyentuh bahunya
Terangkat bahu lelaki itu terkejut.
"Eh Maya. Adoi! Terperanjat Lid tau"
Tergelak kecil gadis itu melihat reaksi Khalid.
"Aik, Maya baru pegang bahu sikit pun boleh terkejut? Kalau pontianak yang pegang bahu Lid pulak macam mana? Terlompat terus atas meja?" gadis itu bergurau seraya ketawa
"Hmmmm" jawab lelaki tu, ringkas dan dengan wajah yang mendatar. Tawaan gadis itu mati begitu sahaja dengan reaksi hambar lelaki itu.
Lengan lelaki itu diusap lembut oleh Maya. Kalau bukan di tempat kerja, mahu sahaja dia memaut lengan kekar itu dan melentokkan kepalanya ke bahu lelaki itu
"Lid, malam ni makan dinner dengan Maya boleh? Maya belanja"
"Malam ni Lid tak free"
"Oh ok. Hmmm. Besok malam? Kita makan kat restoran Thai tu lagi. Nak? Maya ngidam ikan siakap steam tu lagi. Jom?" pelawa gadis tu bersungguh-sungguh. Dia teringin sangat nak mengecapi kembali saat-saat manis hari Ahad tu
"Besok pun Lid tak free lah Maya. Sorry"
Maya menghela nafas berat. Hampa dengan sambutan dingin lelaki itu
"Kenapa Lid tak free? Lid buat apa besok?"
"Jumpa kawan"
"Perempuan?" soal Maya lagi. Dia menarik dagu lelaki itu supaya dia dapat melihat wajah lelaki itu. Dia ingin melihat matanya tetapi lelaki itu sentiasa melarikan pandangannya.
"Tak Maya. Lelaki"
Jawab Khalid sebelum menoleh kembali dan menyambung mengemas kertas-kertas nya.
Maya menggenggam pergelangan lengan Khalid, kejap, sehingga lelaki itu terhenti segala perbuatannya
"Lid, look at me please"
Dengan keluhan yang berat, Khalid menoleh dan memandang wajah Maya. Kedua-dua tangan lelaki itu kini digenggam erat oleh gadis itu. Dia enggan melepaskan lelaki itu selagi tidak ada jawapan dari mulutnya. Mata mereka akhirnya bertaut juga. Keikhlasan perasaan gadis itu jelas kelihatan dari mata hazelnya. Perasaan sayang yang semakin mendalam
"Lid, are we OK?"
"Kita OK, Maya jangan bimbang"
"Then, kenapa Lid macam dingin je dengan Maya. Maya call pun sekarang dah susah nak angkat. Malam semalam pun Lid macam nak tak nak berbual dengan Maya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Mesej pun Lid dah tak nak balas. Maya ada buat salah ke dengan Lid?"
"Tak lah Maya. Maya tak buat salah apa-apa"
"Then pasal apa Lid? Pasal mak Maya? What actually happen between you two? What did she say to you?"
Sekali lagi lelaki itu menghela nafas berat. Pipi gadis itu digelus lembut dan wajahnya ditatap sayu. Payah dia nak meluahkan isi hatinya kepada gadis itu. Tentang kasihnya terhadap gadis itu yang semakin membuak. Cuma ibunya sahaja yang menjadi penghalang perhubungan mereka berdua.
Apakah sebabnya? Biarlah rahsia.
"Maya, maafkan Lid k. Lid mintak sedikit masa untuk sort things out. Trust me Maya, when the right time comes, everything will be back to normal. Give me time"
Serta merta mata Maya berkaca. Dia yakin kemana arah tujuan kata-kata lelaki itu. Sedaya-upaya dia cuba membendung sebak di dada
"Jadi...jadi Lid tak nak bersama Maya lagi ke? Lid...Lid tak sayang Maya lagi?"
Khalid menyeka air mata yang mengalir di pipi gadis itu. Kemudian dia membelai rambut gadis itu dan menyelitkan ke belakang cuping telinganya. Wajah jelita gadis ditatapi buat sekelian kali. Jiwanya merusuh dengan hebat ketika itu.
Akhirnya, dia menghela nafas berat. Dia merapati dan mengucup dahi gadis itu lembut, sebelum berjalan pantas keluar dari makmal itu.
***************
Kring Kring Kring Kring
"Assalamualaikum"
'Waalaikumsalam Khalid, ni Azmi lah. Sekuriti dari Quodro Residences'
"Oh Azmi. Apa cerita bro?"
'Khalid, sini hujan lebat tau. Habis tu ada satu perempuan Indon kat sini nak jumpa Khalid. Dia cakap nama dia Tanti. Dia bilang saya dia ada barang nak kasi Khalid. Betul ke?'
"Ha. Betul. Betul. Dia kat luar ke?"
'Eh tak lah bang. Sini hujan lebat selebatnya ni. Kita kesian pulak tengok dress dia dah separuh basah. Kita suruh dia tunggu kat lobby tu. Dari security booth, kita boleh nampak dia lah. Cantik lah dia Khalid. Girlfriend ke?"
Spontan Khalid terketawa dengan soalan cepumas dari pemuda Sekuriti itu.
"Eh taklah. Pakcik saya punya isteri. Dari Batam tu"
Kini kedengaran si Azmi pula ketawa dari hujung talian
'Oklah. Dia mintak no unit. Nak naik terus. Tapi kita tak kasi'
"Ok. Bagus lah tu Azmi. Terima kasih. Nanti saya jumpa dia kat lobby je tu. Lagipun saya dah dalam Grab. On the way balik. You guys nak kopi panas tak? Saya belikan?"
'Eh. Terbaik lah Khalid. Boleh jugak lah. Dah lah sejuk hujan lebat. Sini ada 2 orang tau. Pak Samad pun ada juga'
"Ok Azmi. Nanti saya belikan 2 paket dengan pisang goreng panas sekali. Pukul 7 nanti saya sampai"
"Alhamdulillah Khalid. You are the best lah. Ok. Jumpa nanti. Bai'
"Bye"
Khalid mengeluh sambil memandang luar kereta itu. Kearah jalan raya KL yang sesak dengn kereta. Titisan air hujan yang lebat itu memukul tingkap kereta dengan deras, meriuhkan lagi suasana di dalamnya, bersama jiwanya yang gawat ketika itu
Dia menatap skrin telefon bimbitnya. Aplikasi WhatsApp dibuka. Satu mesej dihantar dengan segera.
Tak lama kemudian, balasan yang dinantikan telah diterima. Tersenyum sinis lelaki itu setelah membacanya.
24Please respect copyright.PENANA5XQs2ODGID