Bab 2 – Rukun Iman Menurut Syiah Imamiyyah
36Please respect copyright.PENANAdEQ8HYuyUA
Iman Kepada Allah, Rasul Dan Imam
Qom, Iran – Januari 1985
Hari itu, suasana kelas jauh berbeza daripada minggu-minggu sebelumnya. Para pelajar, termasuk Hasan dan Firdaus, kini berada dalam fasa baru pengajian mereka, kelas fiqh perbandingan dan pemikiran mazhab. Kelas ini lebih teratur, lebih senyap dan jauh lebih berat isinya berbanding pengenalan, kelas bahasa atau kelas pengenalan budaya yang mereka hadiri sebelum ini.
Ruang kelas itu sederhana namun kemas, dikelilingi rak-rak kitab berkulit tebal. Sebahagian besar kitab berbahasa Arab dan Parsi, menandakan isi kandungan kelas ini bukan untuk mereka yang hanya mahu belajar dasar-dasar yang ringan.
Ketika para pelajar selesai mengambil tempat, seorang lelaki tua berjanggut putih yang terurus rapi melangkah masuk perlahan, diiringi angin musim sejuk yang dingin. Wajahnya tenang, kulitnya cerah, dan matanya tajam di balik kaca mata bulat tebal. Dialah Syaikh Jalal Tabrizi, seorang ulama berusia sekitar 60-an yang terkenal dengan kepakaran dalam fiqh perbandingan dan kajian mazhab-mazhab Islam di Hauzah Ilmiyyah Qom.
Beliau berdiri di hadapan, memandang setiap pelajar satu per satu sebelum membuka mulut dengan salam yang jelas dan lembut.
“Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,” ucapnya tenang.
Suasana kelas segera senyap. Semua pelajar menjawab salam serentak.
Syaikh Jalal kemudian memperkenalkan dirinya dengan penuh adab.
“Saya Jalal Tabrizi. Sebahagian kalian mungkin sudah mendengar nama saya disebut dalam pengajian atau oleh guru-guru kalian. Saya asalnya dari Tabriz, dan saya menghabiskan lebih tiga dekad mengkaji fiqh perbandingan dan sejarah mazhab-mazhab Islam, baik di Najaf mahupun di Qom ini.”
Nada suaranya tenang, tanpa nada meninggi atau merendah diri.
“Saya bukan di sini untuk mengajar kalian agar cenderung kepada sesuatu mazhab,” katanya, perlahan tetapi jelas. “Tugas saya hanyalah menyampaikan pandangan yang dianut dalam Syiah Imamiyyah, sebagaimana adanya, tanpa menambah atau mengurang.”
Beliau menekankan lagi dengan sangat berhati-hati, “Kita di sini bukan dalam majlis dakwah, tetapi dalam majlis ilmu. Apa yang akan kalian dengar nanti, saya sampaikan hanya sebagai maklumat akademik, sebagai wacana dalam dunia Islam yang luas.”
Syaikh Jalal memandang lembut ke arah para pelajarnya.
“Saya yakin, sebahagian kalian di sini datang dari pelbagai latar belakang. Kalian bebas untuk mendengar, menilai, atau bahkan tidak bersetuju. Saya cuma berharap, sepanjang kelas ini, kita semua dapat mengekalkan adab ilmu dan saling menghormati.”
Hasan mengangguk kecil, dalam hati merasakan ketenangan pada tutur syaikh yang tua itu. Firdaus di sebelahnya berbisik perlahan, “Nada dia tenang, tapi aku rasa isinya nanti berat.”
Syaikh Jalal tersenyum sedikit, seolah-olah membaca suasana hati pelajarnya.
“Hari ini,” ucapnya sambil membuka buku kecil yang lusuh di tangan, “kita akan memulakan kelas ini dengan membahas tentang rukun pertama dalam keimanan menurut Syiah Imamiyyah, iaitu keimanan kepada Allah, Rasul-Nya, dan kepimpinan para Imam yang maksum.”
Beliau berhenti sebentar, lalu menambahkan dengan suara tenang.
“Dalam Syiah Imamiyyah, keimanan tidak hanya berhenti pada tauhid dan kenabian, tetapi juga melibatkan kepercayaan terhadap Imamah. Saya akan jelaskan dari sudut sejarah, dalil, serta riwayat, sebagaimana yang tercatat dalam kitab-kitab rujukan Syiah.”
Beliau mengangkat kening sedikit, seolah memberi isyarat bahawa mereka perlu bersedia untuk mendengar sesuatu yang mungkin berbeza daripada yang biasa didengar.
Hasan menarik nafas, bersiap mencatat.
Kata beliau, “kita akan membahas tentang rukun pertama dalam keimanan menurut mazhab Syiah Imamiyyah, iaitu iman kepada Allah, Rasul-Nya, dan para Imam yang maksum...”
Syaikh Jalal menyambung kuliahnya, kali ini dengan suara yang lebih perlahan, seolah-olah ingin menenangkan ketegangan yang mulai terasa.
“Salah satu perkara yang sering dipersoalkan dalam perbahasan akidah,” katanya, “ialah isu yang disebut sebagai Irja’.”
Beliau berhenti sejenak, memandang para pelajar dengan tenang.
“Dalam tradisi Syiah Imamiyyah,” jelasnya, “Ada pandangan bahawa pengakuan terhadap para Imam, khususnya dua belas Imam yang maksum, merupakan syarat utama untuk mendapat syurga. Inilah yang sering disalahfahami sebagai Irja’ yakni idea bahawa pengakuan sahaja sudah cukup tanpa perlu banyak amal.”
Hasan yang sejak tadi tekun mencatat, mengangkat sedikit wajahnya.
“Namun, kita perlu faham,” Syaikh Jalal meneruskan, “Pengakuan terhadap Imamah bukan sekadar lafaz di bibir. Ia mengandung makna ketaatan, kecintaan, dan kesetiaan yang mendalam kepada para Imam.”
Beliau membuka kitab di hadapannya, lalu membaca dengan jelas:
“Imam Ja‘far al-Sadiq berkata, ‘Cinta kepada kami akan bermanfaat, walaupun seseorang itu berdosa besar. Demi Allah, tiada syafaat yang akan diberikan pada hari kiamat selain kepada pengikut kami, walaupun dosa mereka sebesar langit dan bumi.’”
Riwayat itu menimbulkan bisik-bisik halus dalam kelas. Namun, tiada siapa yang berani mengangkat tangan membantah.
Syaikh Jalal menyambung dengan nada tenang.
“Imam Muhammad al-Baqir juga menyebut, ‘Sesiapa yang mengakui Imamah dan mencintai Ahl al-Bayt, maka dia akan masuk syurga walaupun amalannya sedikit. Tetapi sesiapa yang mengingkari Imamah, tiada amal yang akan diterima darinya.’”
Syaikh Jalal memandang semua pelajar, seakan ingin memastikan mereka memahami maksud sebenar.
“Perlu difahami,” katanya, “pandangan ini bukan untuk mengabaikan amal. Dalam Syiah Imamiyyah, amal tetap penting. Tetapi semua amal itu bergantung kepada pengakuan terhadap Imamah sebagai syarat sahnya.”
Beliau berhenti sejenak, lalu menambah, “Tanpa Imamah, amal itu ibarat bangunan tanpa asas.”
Hasan menunduk, termenung panjang. Monolog dalam dirinya mulai bergema.
“Bagaimana mungkin…?” bisiknya dalam hati. “Selama ini, aku diajar bahawa iman itu bersandar pada tauhid, syahadah, dan amal salih. Mengapa di sini, segala amal menjadi sia-sia tanpa pengakuan kepada para Imam?”
Dadanya terasa sesak.
“Apakah semua ajaran yang aku pegang selama ini tidak lengkap? Atau ini hanya sudut pandang lain yang aku tak pernah dengar sebelumnya?” fikirnya lagi.
Matanya tertancap pada tulisan riwayat yang baru saja dicatatnya. Kata-kata Imam Ja‘far al-Sadiq itu bergema dalam kepalanya, menimbulkan getaran yang sukar dijelaskan.
Syaikh Jalal menutup kitabnya perlahan, lalu berkata dengan lembut.
“Dalam perjalanan ilmu, kalian akan menemui banyak hal yang asing, yang mungkin bertentangan dengan pegangan kalian selama ini. Jangan terburu-buru menolak atau menerima. Dengarlah, fahamilah, dan telaah dengan adil.”
“Kita di sini bukan mencari siapa benar, siapa salah,” katanya, “tetapi untuk memahami cara umat Islam memandang persoalan iman dalam pelbagai sudut pandang.”
Suasana kelas menjadi sunyi semula, namun Hasan tahu, dalam dirinya, satu gelombang besar telah pun bermula, gelombang soalan yang mungkin tiada siapa mampu menjawabnya dalam waktu dekat.
“Perkara paling penting dalam setiap perjalanan ilmu,” katanya perlahan, “bukanlah cepat memahami, tetapi sabar menyaring.”
Beliau menundukkan kepala sedikit, sebelum menyambung dengan suara lebih mendalam.
“Iman, dalam pemahaman Syiah Imamiyyah, bukan hanya pengakuan mulut atau ritual semata-mata. Ia adalah pengiktirafan mutlak kepada kepimpinan para Imam, yang diyakini sebagai pelanjut risalah dan penjaga kebenaran selepas Rasulullah SAW.”
Syaikh Jalal menekankan, “Tanpa Imamah, tiada iman yang sah. Tanpa pengakuan kepada para Imam, segala amal menjadi seperti debu yang berterbangan, walau ia setinggi langit.”
Beberapa pelajar hanya menunduk diam, sebahagiannya masih termenung.
“Namun,” tambah Syaikh Jalal, “itu semua ialah pandangan yang dipegang dalam tradisi Syiah Imamiyyah. Kalian berhak untuk memahami dan menilai, tanpa paksaan.”
Beliau mengakhiri kuliahnya dengan nada yang tenang tetapi penuh makna:
“Setiap kita dilahirkan dalam lingkaran tertentu, tapi ilmu membuka jendela yang lebih luas. Sama ada kalian mahu melangkah keluar atau terus menatap dari dalam, itu hak masing-masing.”
Syaikh Jalal menutup kitabnya perlahan. “Kuliah hari ini sampai di sini. Kalian boleh renungkan dengan tenang.”
Setelah Syaikh Jalal keluar, Firdaus memandang Hasan.
“Kau okey?” tanya Firdaus perlahan.
Hasan mengangguk kecil, meskipun dalam dirinya ribut soalan masih mengganas.
Dia tidak tahu apa yang harus dia fikirkan lagi. Hasan menoleh sekilas ke arah papan tulis yang masih tertulis :
Iman = Tauhid + Nubuwwah + Imamah
Tulisan itu seakan berkilau dalam pandangan matanya. Dalam hatinya, satu bisikan tertinggal.
“Aku belum selesai dengan soalan ini.”
36Please respect copyright.PENANArV3plNnhAT
36Please respect copyright.PENANA3N55fo6G2E
Iman kepada Malaikat
Hari itu merupakan kelas kedua dalam siri pengajian fiqh perbandingan mereka. Suasana kelas masih dingin oleh musim sejuk, namun perbincangan yang akan berlangsung dijangka lebih panas. Para pelajar, termasuk Hasan dan Firdaus, sudah bersedia di tempat masing-masing, menanti kuliah tentang rukun iman berikutnya.
Syaikh Jalal Tabrizi membuka kelas dengan salam, kemudian memulakan bicara dengan tenang.
“Hari ini, kita akan membincangkan tentang iman kepada malaikat, sebagaimana difahami dalam tradisi Syiah Imamiyyah.”
Beliau segera membuka kitab Bihar al-Anwar dan membaca:
“Diriwayatkan bahawa Allah menciptakan 70,000 malaikat daripada cahaya wajah Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib. Para malaikat itu memohon ampun untuk Imam Ali dan para pengikutnya hingga Hari Kiamat.” (Bihar al-Anwar, jilid 26, hlm. 319)
Syaikh Jalal menerangkan dengan santai:
“Dalam tradisi ini, riwayat seperti ini dianggap sebagai gambaran kedudukan tinggi Ahl al-Bayt dalam susunan alam.”
Beliau mengemukakan riwayat lain :
“Sesungguhnya Allah menugaskan 40,000 malaikat yang kusut dan berdebu untuk menangis di atas pusara Husain bin Ali tanpa henti hingga Hari Kiamat.” (Bihar al-Anwar, jilid 98, hlm. 329)
Syaikh Jalal menekankan, “Riwayat ini mencerminkan penghormatan langit terhadap penderitaan Imam Husain.”
Beliau berkata lagi, para malaikat merupakan pelayan kepada Imam Husain seperti yang dicatat dalam Bihar al-Anwar.
“Para malaikat berkata kepada Allah, ‘Siapa mereka itu?’ Allah menjawab, ‘Mereka adalah para Imam dan pengikut mereka. Kalian adalah pelayan bagi mereka.’” (Bihar al-Anwar, jilid 23, hlm. 321)
Syaikh Jalal menutup kitab dan berkata, “Dalam perspektif Syiah Imamiyyah, ini difahami sebagai simbolik pengagungan terhadap Ahl al-Bayt, bukan bermakna malaikat menjadi hamba dalam erti harfiah.”
Hasan termenung, mencatat perlahan sambil dadanya bergolak.
Firdaus berbisik perlahan, “Berat juga kelas kedua ini.”
Syaikh Jalal menutup kelas dengan nada tenang:
“Seperti biasa, dengar dahulu, fahamkan, lalu nilaikan dengan adil.”
Syaikh Jalal menyambung kuliahnya dengan lebih mendalam.
“Dalam riwayat lain yang masyhur,” katanya, “disebut bahawa di setiap tempat di dunia ini, terdapat malaikat yang dikhususkan untuk menjaga para pengikut Ahl al-Bayt.”
Beliau membaca riwayat itu:
“Tiada tempat di bumi melainkan di situ terdapat malaikat yang menjaga pengikut kami, memohon ampun untuk mereka, dan menolak bala daripada mereka.” (Bihar al-Anwar, jilid 27, hlm. 58)
Syaikh Jalal meneruskan dengan nada tenang, “Mungkin di antara kalian ada yang merasa ini terlalu jauh berbeza. Namun dalam Syiah Imamiyyah, ini dianggap sebagai anugerah Allah kepada orang yang mencintai kebenaran.”
Hasan semakin berat menunduk. Dalam benaknya, monolognya makin bergelora.
“Jika semua ini benar,” bisiknya dalam hati, “apakah semua doa dan ibadahku selama ini tanpa pengakuan kepada para Imam hanya sia-sia belaka? Apakah malaikat tidak memohon ampun untuk aku kerana aku bukan dari kalangan yang mereka sebut ini?”
Degup jantungnya terasa makin laju.
Syaikh Jalal seolah dapat membaca kegusaran itu, lalu menutup kuliahnya dengan nada yang menenangkan.
“Sekali lagi, saya ingatkan,” katanya lembut, “apa yang saya sampaikan hanyalah maklumat ilmiah berdasarkan riwayat yang termaktub dalam kitab-kitab utama Syiah Imamiyyah.”
Beliau menatap para pelajar dengan tenang.
“Tiada paksaan untuk mempercayai atau menolak. Apa yang penting, kalian sudah membuka jendela baru dalam memahami betapa luasnya tafsir terhadap rukun iman di kalangan umat Islam.”
Senyumnya mengakhiri kuliah hari itu.
“Kita berhenti di sini. Esok, kita akan memasuki topik yang lebih berat lagi.”
Hasan terpaku, termenung lama. Dalam hatinya, dia berbisik pelan, “Aku belum habis menghadam semua ini… dan esok, katanya, akan lebih berat lagi.”
36Please respect copyright.PENANAmd3uGK5eXU
36Please respect copyright.PENANAQRTouMj4qr
Iman kepada Kitab dan Wahyu
Hari itu masuk kelas ketiga dalam siri pengajian mereka. Suasana kelas tetap tenang dan serius. Hasan duduk dengan Firdaus di tempat biasa, bersedia untuk mendengar topik baru.
Syaikh Jalal memulakan kelas dengan salam, kemudian berkata dengan tenang :
“Hari ini, kita akan membahas tentang iman kepada kitab dan wahyu, satu lagi rukun utama dalam keimanan.”
Beliau membuka kitabnya, lalu berkata:
“Dalam Syiah Imamiyyah, al-Quran tetap diyakini sebagai kitab suci terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Namun, dalam riwayat kami, ada juga sebutan tentang Mushaf Fatimah.”
Suasana kelas mula tegang. Hasan menajamkan pendengarannya.
Syaikh Jalal membaca riwayat panjang dari al-Kāfi:
“Diriwayatkan dari Abu Bashir, beliau berkata: Aku menemui Abu Abdullah, lalu bertanya tentang Mushaf Fatimah. Imam berkata, ‘Sesungguhnya, kami memiliki Mushaf Fatimah.’ Aku bertanya, ‘Apa itu Mushaf Fatimah?’ Jawabnya, ‘Sebuah mushaf yang isinya tiga kali ganda al-Quran kalian ini. Tidak satu pun huruf al-Quran ada di dalamnya.’”36Please respect copyright.PENANAcrIKtIvxuH
(al-Kāfi, 1/240; Bihar al-Anwar, XXVI/44)
Riuh kecil kedengaran dalam kelas, tetapi tiada yang berani bertanya.
Syaikh Jalal meneruskan dengan tenang:
“Dalam riwayat ini, Mushaf Fatimah bukan al-Quran baru. Ia adalah kitab yang memuatkan ilmu tentang apa yang akan terjadi, yang diberikan kepada Fatimah az-Zahra sebagai hiburan setelah kewafatan Rasulullah SAW.”
Beliau membaca lagi:
“Fatimah menerima wahyu khusus melalui malaikat yang diutus Allah, lalu menyampaikan berita tentang masa depan. Ali bin Abi Talib menuliskan semua itu hingga menjadi sebuah mushaf, isinya tentang peristiwa yang akan terjadi, halal-haram, serta kematian anak-cucu Fatimah.”36Please respect copyright.PENANAhSV1BtI2gm
(Bihar al-Anwar, XXVI/44; Bashā’ir al-Darajāt, hlm. 43)
Hasan menelan liur. Firdaus menggeleng perlahan, namun tetap fokus.
Syaikh Jalal menambah:
“Riwayat lain mencatatkan bahawa kitab ini diwariskan dari Nabi Muhammad SAW kepada Ali, lalu kepada Hasan dan Husain. Dalam kitab itu terdapat segel-segel khusus yang dibuka oleh setiap Imam secara berturutan.”
Beliau membaca riwayat itu:
“Allah menurunkan sebuah kitab kepada Nabi sebelum wafatnya. Di dalamnya ada segel emas. Nabi menyerahkannya kepada Ali, yang membuka satu segel, mengamalkannya, lalu menyerahkan kepada Hasan, kemudian Husain, hingga diserahkan kembali kepada Allah.”36Please respect copyright.PENANAvFbODYtCpC
(Ibid.)
Syaikh Jalal menjelaskan, “Kitab ini diyakini sebagai himpunan wasiat ilahi kepada para Imam, bukan kitab hukum untuk umat Islam secara umum.”
Kelas hening. Hasan menunduk, mencatat perlahan. Dalam hatinya, pergolakan makin menjadi-jadi.
“Bagaimana mungkin Fatimah diberi mushaf yang isinya melebihi al-Quran, sedangkan Nabi sendiri mengajarkan bahawa beliau tidak mengetahui yang ghaib?” bisik hatinya.
Hasan memejam mata sebentar, dadanya terasa sesak.
Syaikh Jalal menutup kitab perlahan.
“Saya faham,” katanya tenang, “Isu Mushaf Fatimah sering dipertikaikan di luar Syiah. Namun dalam perspektif Syiah Imamiyyah, ia hanyalah kitab khusus untuk para Imam, bukan untuk menggantikan al-Quran.”
Beliau menyimpulkan:
“Dalam Syiah, al-Quran tetap suci, tetapi tafsir hakiki hanya diketahui para Imam. Mushaf Fatimah pula adalah khazanah ilmu gaib yang diwariskan secara rahsia kepada Ahl al-Bayt.”
Beliau mengakhiri kuliah dengan nasihat yang perlahan namun tegas :
“Jangan terburu-buru menilai sebelum memahami konteks penuh setiap riwayat.”
Hasan tidak lagi mencatat. Di dalam hatinya, hanya satu soalan yang berulang-ulang:
“Apakah semua yang aku pegang selama ini hanya permukaan semata-mata?”
36Please respect copyright.PENANAISkVxWan8O
36Please respect copyright.PENANAx9pup3t61J
Iman kepada Rasul dan Mukjizat Imam
Kelas keempat bermula dalam suasana yang lebih sunyi dari biasa. Langit di luar masih kelabu, dan bayang-bayang pelajar yang masuk ke aula kuliah itu kelihatan panjang di bawah cahaya lampu gantung. Hasan duduk seperti biasa dan Firdaus di sebelahnya.
Syaikh Jalal masuk tanpa banyak bicara, dengan membawa beberapa buah kitab yang lebih besar daripada sebelumnya. Beliau meletakkannya di atas meja lalu menatap pelajarnya dengan senyum kecil yang seperti selalu membawa makna tersendiri.
“Assalamualaikum warahmatullah,” ucapnya perlahan, tenang, seolah-olah membawa pelajar masuk ke dalam alam yang lain.
Tanpa membuang waktu, beliau terus memulakan kuliah hari itu.
“Kita sudah berbicara tentang rukun-rukun iman sebelumnya,” Suaranya lembut, namun menusuk, “Dan hari ini, kita akan menyingkap satu bab yang paling dalam dalam kepercayaan Syiah Imamiyyah, iaitu tentang kedudukan Nabi Muhammad SAW dan para Imam.”
Beliau membuka kitab I‘tiqādāt karangan Syaikh al-Saduq, lalu membacanya perlahan tetapi jelas.
“Dalam riwayat yang tercatat di sini, Allah tidak menciptakan makhluk yang lebih baik daripada Muhammad dan para Imam. Mereka adalah makhluk yang paling dicintai, paling dimuliakan, dan yang pertama kali menyaksikan janji para Nabi dengan Tuhan mereka.”
Kelas menjadi senyap. Syaikh Jalal mengangkat wajahnya, memerhati sekilas, lalu menyambung bacaan.
“Dan dalam riwayat lain, juga dari I‘tiqādāt, disebutkan bahawa seluruh ciptaan ini, langit, bumi, syurga, neraka, bahkan Nabi Adam dan para malaikat,semuanya diciptakan kerana mereka. Tanpa mereka, tiada apa yang akan diciptakan.”
Hasan berasa dadanya makin berat. Firdaus di sebelahnya tidak lagi menulis, hanya diam mendengar, dengan dahi yang mulai berkerut. Syaikh Jalal menghela nafas perlahan sebelum membuka pula jilid tebal Bihar al-Anwar karya al-Majlisi.
“Di sini, disebut bahawa Adam tidak layak diciptakan melainkan kerana wilayah Ali. Musa tidak layak berbicara dengan Allah kecuali kerana wilayah Ali. Isa tidak layak menjadi tanda kebesaran Allah kecuali kerana tunduk kepada Ali.”
Beliau berhenti sebentar, membiarkan kata-katanya meresap dalam suasana kelas yang kian suram. Namun kuliahnya belum selesai. Syaikh Jalal meneruskan dengan suara yang lebih perlahan, kali ini membaca riwayat yang lebih halus, namun jauh lebih berat.
“Dalam Bihar al-Anwar, ada riwayat yang menyebut bahawa para Imam ini memiliki keistimewaan yang bahkan menyerupai sifat Rabb. Dikatakan bahawa perkara paling indah di dunia ialah para Imam. Dan tiada makhluk yang layak memandang Allah, kecuali melalui pengiktirafan kepada mereka.”
Hasan menelan air liur yang terasa pahit. Di dadanya, segala yang diajarkan sejak kecil tentang ketauhidan kini bergeser hebat, berlanggar dengan riwayat yang baru didengarnya ini. Monolognya bergema dalam kepala, namun suaranya tersekat di kerongkong.
“Bagaimana mungkin? Sampai begitu tinggi…?”
Syaikh Jalal, seperti memahami goncangan dalam hati pelajarnya, menutup kitab perlahan-lahan. Namun, suaranya tetap tenang dan jernih, seolah-olah baru saja memetik sekuntum bunga.
“Perlu kalian fahami,” katanya, “Pandangan ini bukan untuk dibandingkan secara zahir antara Nabi dan Imam. Dalam Syiah Imamiyyah, Imamah ialah penerusan hakiki kepada risalah Rasulullah SAW. Para Imam bukan Nabi, mereka tidak membawa syariat baru. Tetapi mereka pewaris rahsia-rahsia agung, penafsir wahyu sebenar, dan pemegang kunci segala ilmu yang diserahkan oleh Nabi Muhammad SAW.”
Beliau menyambung lagi, lebih dalam, “Dalam banyak riwayat yang diriwayatkan oleh al-Kulaini dalam al-Kāfi, para Imam ini disebut mengetahui perkara ghaib, berbicara dengan malaikat, bahkan menguasai rahsia-rahsia alam. Mereka mewarisi semua kitab suci terdahulu, segala yang diturunkan kepada para Nabi, dan memiliki mukjizat yang tak dimiliki oleh manusia biasa.”
Syaikh Jalal lalu menyebut kisah-kisah tentang mukjizat mereka.
Tentang Imam Ali yang mengangkat pintu Khaibar dengan kekuatan yang mustahil, tentang riwayat yang mengatakan beliau menghidupkan orang mati dengan izin Allah. Tentang Imam Hasan dan Husain yang sejak kecil sudah mengetahui rahsia ghaib, serta para Imam lain yang mampu membaca nasib, ajal, dan rezeki manusia. Semua itu diceritakan dengan tenang, tanpa sedikit pun nada taksub, hanya seperti seorang guru yang menyampaikan amanah ilmu. Hasan sudah tidak mampu menulis lagi. Dalam benaknya, satu suara terus berbisik tanpa henti.
Syaikh Jalal menutup kitabnya perlahan, lalu menatap seluruh kelas.
“Ini semua adalah riwayat yang tercatat dalam kitab-kitab utama Syiah Imamiyyah,” katanya, tegas tetapi lembut.
“Kalian berhak untuk menilai, menolak, atau menerima. Tugas saya hanya menyampaikan, dan tugas kalian ialah memahami dengan hati yang lapang.” Itulah ucapan penutup kelas pada hari ini. Setelah memberi ucapan salam, beliau bangkit lalu melangkah perlahan keluar dari kelas.
Hasan memerhati Langkah Syaikh jalal dengan mata dan fikiran yang berat.
36Please respect copyright.PENANAecq9qRurgl
36Please respect copyright.PENANA5PjBcKJmtl
Iman kepada Hari Akhir
Salju turun tanpa henti di luar madrasah tua itu. Jalan-jalan dipenuhi selimut putih yang seolah-olah menelan setiap derapan langkah manusia. Di dalam kelas, udara masih menggigit, walau para pelajar mulai terbiasa dengan dinginnya musim.
Hari itu, Hasan duduk seperti biasa. Firdaus di sebelahnya. Syaikh Jalal masuk dengan kitab kecil di tangan, namun wajahnya tetap tenang, seolah-olah beliau membawa hanya sekeping kertas ringan yang tiada beban.
Setelah salam disambut, beliau membuka bicaranya.
“Hari ini,” katanya perlahan, “kita akan menyentuh satu lagi aspek penting dalam keimanan menurut Syiah Imamiyyah, iaitu tentang Hari Akhir dan segala rahsia yang berkait dengannya.”
Suasana kelas diam dan focus. Syaikh Jalal membuka jilid Bihar al-Anwar, lalu membaca perlahan dengan suara yang tetap jernih.
“Dalam riwayat Syiah,” katanya, “Ada satu peristiwa besar yang disebut Raj‘ah, yang bermaksud kebangkitan semula sebelum Kiamat.”
Beliau menatap para pelajar. Lalu menyambung, “Raj‘ah adalah suatu fasa di mana manusia tertentu akan dihidupkan kembali di dunia ini sebelum datangnya Hari Kiamat. Ini bukan sekadar kepercayaan simbolik. Dalam tradisi Syiah, ia dianggap sebagai satu hakikat yang pasti.”
Firdaus menoleh perlahan ke arah Hasan, yang wajahnya mulai menegang.
Syaikh Jalal kembali kepada kitabnya, membaca riwayat yang panjang.
“Dalam Bihar al-Anwar, disebut bahawa Imam Husain bin Ali akan menjadi manusia pertama yang dibangkitkan semula dalam zaman Raj‘ah. Beliau akan memerintah bumi dengan keadilan, bersama para sahabat setianya. Musuh-musuhnya juga akan dibangkitkan, untuk menerima balasan di hadapan umat manusia.”36Please respect copyright.PENANAavxO9d76QC
(Bihar al-Anwar, jilid 53)
Tiada suara dalam kelas itu selain getar perlahan dari jendela kayu yang dihentam angin musim sejuk.
Syaikh Jalal berhenti membaca, kemudian menerangkan dengan perlahan. “Raj‘ah adalah pentas untuk menegakkan keadilan yang tidak sempat ditegakkan di dunia. Para Imam akan bangkit, musuh-musuh mereka turut dibangkitkan. Di hadapan mata seluruh umat, segala kebenaran akan dipertontonkan, sebelum dunia ini melangkah ke fasa akhirat yang sebenar.”
Syaikh Jalal menyambung, kali ini dengan membawa kitab al-Kāfi. “Dalam al-Kāfi, dinyatakan bahawa Imam Mahdi akan muncul sebelum Kiamat. Beliau akan menegakkan keadilan, menghapuskan kezaliman, dan memimpin umat menuju zaman Raj‘ah. Dalam zaman itu, seluruh pemilik hak yang teraniaya akan mendapatkan haknya, dan setiap penzalim akan dihukum di hadapan seluruh manusia.”36Please respect copyright.PENANAiNUCj0lj5k
(al-Kāfi, jilid 8)
Syaikh Jalal menatap wajah-wajah pelajarnya, lalu berkata dengan nada yang lebih perlahan, seperti berbicara kepada diri sendiri.
“Raj‘ah bukan untuk semua manusia,” katanya, “Hanya untuk golongan terpilih. Para Imam, para pendukung setia mereka, serta musuh-musuh yang paling keras akan dibangkitkan untuk menyelesaikan semua yang tertangguh.”
Beliau menutup kitabnya perlahan, menyandarkan tubuh ke kerusi kayu yang berdecit kecil.
“Selepas fasa itu selesai, barulah dunia ini menuju ke Hari Kiamat yang sebenar.”
Kelas tetap diam. Syaikh Jalal mengakhiri kuliahnya dengan suara yang nyaris seperti bisikan, namun tegas:
“Kalian tidak wajib menerima semuanya. Kalian hanya perlu merenung, memahami, dan menilai.”
36Please respect copyright.PENANAe2bfcaFHIn
36Please respect copyright.PENANAZe4Dd1ulZ2
Iman kepada Takdir
Syaikh Jalal masuk dengan kitab-kitab yang tebal, wajahnya seperti biasa, tenang tanpa sebarang riak, seakan-akan beliau tahu betapa saratnya pelajaran yang akan disampaikan.
Setelah memberi salam, beliau duduk, lalu membuka kitabnya perlahan.
“Kita sudah berbicara tentang banyak hal dan hari ini, kita akan mengakhiri siri kuliah tentang rukun-rukun iman menurut Syiah Imamiyyah dengan satu topik yang sangat halus, namun besar kesannya iaitu iman kepada takdir.”
Para pelajar duduk tegak, bersedia untuk mendengar. Syaikh Jalal membuka kitab al-Kāfi, lalu membaca perlahan, suaranya jernih, seakan-akan menyaring setiap makna dari riwayat yang dibacanya.
“Dalam riwayat Abu Ja‘far al-Baqir disebut bahawa segala sesuatu di alam ini telah ditentukan oleh Allah sejak azali. Tidak ada satu pun makhluk melainkan sudah tercatat qadha’ dan qadarnya, termasuk rezeki, ajal, kebahagiaan dan kesengsaraan.”36Please respect copyright.PENANAYSBh4KVVBJ
(al-Kāfi, jilid 1)
Beliau mengangkat kepala sebentar, menatap wajah pelajarnya yang diam.
“Namun dalam Syiah Imamiyyah, terdapat satu konsep yang sangat unik, yang disebut al-badaa’.”
Beliau membuka satu lagi bahagian dalam al-Kāfi, lalu membaca lagi:
“Sesungguhnya, tidak ada yang lebih agung di sisi Allah selain al-badaa’. Allah boleh mengubah sesuatu keputusan yang telah dicatat, jika Dia mahu. Apa sahaja yang Allah kehendaki, pasti berlaku, dan Dia berkuasa untuk membatalkan atau meneguhkan sesuatu takdir.” (al-Kāfi, jilid 1)
“Al-badaa’ bukan bermaksud Allah tidak mengetahui, tetapi ia adalah manifestasi bahawa Allah Maha Berkuasa untuk menukar sesuatu takdir, agar manusia tidak berputus asa dan tetap berdoa.”
Beliau meneruskan lagi dengan riwayat dari Bihar al-Anwar:
“Diriwayatkan bahawa Imam Ja‘far al-Sadiq berkata, ‘Allah menurunkan 70 takdir buruk kepada seorang hamba, lalu Allah mengangkat semuanya kerana satu doa yang dipanjatkan dengan ikhlas.’” (Bihar al-Anwar, jilid 5)
Para pelajar mula mencatat dengan lebih tekun.
Syaikh Jalal memandang mereka, kemudian berkata perlahan, “Dalam Syiah Imamiyyah, para Imam juga disebut sebagai pemegang rahsia-rahsia takdir.”
Beliau membuka satu lagi bahagian dalam al-Kāfi:
“Sesungguhnya, para Imam mengetahui takdir semua makhluk, dan mereka diberi kunci-kunci ilmu takdir. Mereka mengetahui ajal setiap manusia, apa yang berlaku di langit dan bumi, serta segala yang telah, sedang, dan akan berlaku, dengan izin Allah.”36Please respect copyright.PENANAcGURrRKf6L
(al-Kāfi, jilid 1)
Beberapa pelajar kelihatan melopong.
Syaikh Jalal menekankan, “Ilmu para Imam tentang takdir bukanlah kerana mereka Nabi, tetapi kerana Allah memberikan kunci ilmu itu kepada mereka sebagai pewaris hakiki wahyu.”
Beliau menyambung dengan tenang, seolah-olah menyambung kisah lama yang biasa:
“Dalam Bihar al-Anwar, disebut bahawa Imam Mahdi, saat muncul kelak, akan mengungkapkan takdir setiap umat manusia kepada mereka, satu demi satu, sebagai tanda sempurnanya ilmu para Imam terhadap takdir.”36Please respect copyright.PENANA7NhkpMkzEE
(Bihar al-Anwar, jilid 53)
Firdaus, yang sejak tadi hanya diam, menunduk, mencatat dengan lambat. Hasan pula duduk kaku, seperti biasa otaknya laju memproses maklumat-maklumat baru dengan saksama.
Syaikh Jalal menutup kitabnya perlahan, memandang seluruh kelas.
“Konsep takdir dalam Syiah Imamiyyah bukan sekadar hitam-putih,” katanya perlahan. “Ia adalah ruang yang luas, yang dipenuhi rahsia, hikmah, dan kebijaksanaan Ilahi. Dan di dalamnya, para Imam memegang kedudukan yang sangat istimewa sebagai penyampai rahsia-rahsia takdir ini.”
Beliau mengakhiri kuliah itu dengan suara yang jelas :
“Janganlah terlalu cepat menolak sebelum memahami sepenuhnya. Takdir itu lebih luas daripada apa yang kita sangka.”
Dengan itu, beliau memberi salam lalu bangkit perlahan, meninggalkan ruang kelas yang masih sunyi, seolah-olah setiap pelajar di situ baru sahaja dibekukan dalam satu ruang yang sukar dijelaskan.
Hasan tetap duduk di tempatnya, matanya kosong memandang kitab yang terbuka di depannya, mulutnya terkatup rapat, dadanya senyap, tanpa kata.
36Please respect copyright.PENANA4C9UZZsxvr
36Please respect copyright.PENANApg4Ulkh4Bo