Assalamualaikum semua. Saya telah post bab 3 novel Bisikan Wahyu Di Bumi Qom. Saya tak tahu ada tak orang yang berminat dengan novel ilmiah berat seperti ini.
Sengaja saya tulis novel ini bertujuan sebagai tanggungjawab sosial untuk mendedahkan aliran Syiah dari akarnya supaya orang awam tahu ajaran-ajaran Syiah sebenar. Segala sumber yang saya paparkan adalah merujuk kepada sumber asal dari kitab Syiah sendiri melalui kajian terperinci dari ulama Sunni iaitu Syaikh Dr. Nashir Bin Abdullah Bin Ali Al-Qafari yang menulis kitab yang bernama Usul Mazhab Syiah yang setebal lebih seribu muka surat dan sebuah lagi kitab karangan Prof. Dr. Ali Ahmad As-Salus yang berjudul Ensiklopedia Sunni & Syiah yang juga setebal lebih seribu muka surat yang dibahagi menjadi 2 jilid.
Sebenarnya apa yang saya paparkan dalam novel tidak lah sedalam atau sekeras atau sedasyat yang ditulis dalam kedua-dua kitab tersebut. Jika saya masukkan semua riwayat, para pelajar yang baru akan terkejut dan sukar untuk menerima ajaran Syiah. Jadi, menurut konteks novel, ajaran di dalam kelas adalah ajaran yang masih bertapis berunsurkan taqiah yang halus supaya para pelajar baru tidak terlalu terkejut dengan ajaran syiah.
Novel ini novel yang bukan erotik dan sesekali saya ingin menulis hal-hal yang bermanfaat. Jika ada yang suka membaca genre ilmiah seperti ini, sila komen.
Terima kasih
SARA EL YAHYA.