Sudah lama aku amalkan jamu. Sejak bujang lagi, emak yang mula ajar. Katanya, perempuan kena jaga badan bukan untuk lelaki, tapi untuk diri sendiri. Dan aku pegang nasihat tu sampai sekarang. Walau dah 32 tahun, kulit aku masih licin, tubuh masih kemas. Ada yang cakap, aku nampak lebih muda dari umur sebenar malah ada yang berani bandingkan aku dengan anak dara kampung.195Please respect copyright.PENANAjYmITxTyOh
Tapi semua tu tak bermakna bila suami sendiri buat macam aku tak wujud.
Razak, suami aku, lebih cinta pada jorannya. Hidupnya penuh dengan alasan memancing, melepak, rehatkan badan. Sedangkan aku, si isteri, yang saban malam baring keseorangan, menanti disentuh… tapi sentiasa dihampakan.
Tengah aku sidai baju petang tu, telefon berbunyi. Rina.
“Ita, jom minum kejap. Aku ada benda nak bincang. Boleh tambah duit poket kau juga.” kata Rina
Rina bukan calang-calang. Kawan lama aku ni sekarang jadi ejen jamu dan ubat kuat lelaki. Jamu wanita, jamu rumahtangga, pil gagah, minyak urut semua dia pegang. Tapi bukan tu yang buat aku respek dia. Yang aku kagum, dia tahu guna apa yang dia ada untuk bangkit. Dia tahu nilai sebagai wanita.
Di kafe kecil hujung pekan, dia pandang aku sambil senyum.
>“Kau tau tak, Ita… kalau semua perempuan macam kau ni jual jamu, habis semua stok aku. Kau memang sesuai. Dari dulu aku tengok, badan kau maintain je. Kulit halus, pinggang kecik, dada penuh... Lelaki tengok pun rasa tergoda. Dan kau pengamal jamu tegar. Siapa lagi yang layak kalau bukan kau?” kata Rina
Aku tersenyum nipis. Dalam hati, aku tahu dia betul.
“Aku nak ajak kau jadi partner aku. Kau promote produk aku, kita kongsi untung. Jamu untuk tenaga batin, jamu ketat, ubat kuat lelaki semua orang cari sekarang. Kau bukan jual badan, Ita… tapi kau guna daya tarikan semula jadi yang Allah dah bagi. Dari situ, duit datang. Keyakinan datang. Hidup kau pun tak kosong.” kata Rina
Aku genggam cawan kopi aku. Suara Rina masuk terus ke dalam hati. Aku tahu dia tak salah. Aku tahu aku perlu buat sesuatu. Aku bukan isteri yang dibiarkan reput begitu saja. Aku masih hidup. Masih hangat. Masih punya sesuatu yang ramai inginkan, tapi hanya satu lelaki sia-siakan.
Malam tu, aku belek satu persatu botol yang Rina tinggalkan. Jamu wanita, pil gagah lelaki, minyak aromaterapi berherba yang hangat baunya. Aku senyum sendiri.
Sudah lama tubuh ini dijaga…
Kini mungkin tiba masanya aku jadikan ia senjata.
Bukan untuk menggoda sesiapa
Tapi untuk bangkit sebagai wanita yang tak mahu terus dibisukan.
ns3.142.243.141da2