Jam sudah menunjukkan 12.15 tengah malam.131Please respect copyright.PENANAaDXPwXuNah
Lampu ruang tamu malap, hanya bias dari skrin telefon menyinari wajahku. Suasana rumah senyap. Tidak ada derapan kasut. Tiada pintu dibuka. Aku tahu malam ini dia takkan pulang, seperti malam-malam yang lalu.
> “Tak mahu ganggu tidur…” alasan yang sudah basi bagiku. Tapi aku sudah berhenti bertanya.
Pukul 12.20, satu mesej masuk. Nama kenalan baru dari MChat muncul Naim.
> “Akak, saya nak try produk malam ni. Kalau tak menyusahkan, saya boleh datang dekat rumah akak je. Saya tahu dah lewat.”
Jantungku bergetar kecil. Pelik… tapi bukan takut. Rasa yang datang lebih kepada debar yang buat tubuh panas. Aku termenung sejenak, kemudian membalas:
> “Saya boleh tunggu. Tapi saya hanya COD di hujung simpang rumah, ya? Sana lebih senang…” jawabku
Naim setuju. Dia tahu waktu malam milik sunyi, dan aku pula tahu sunyi selalunya membangkitkan rasa yang tak dijangka.
Aku bangun, melangkah ke bilik. Pakaian tidurku sehelai jersi kelab bola yang ketat membalut dada dan pinggang. Seluar track lembut menampakkan bentuk peha dan punggung yang aku tahu… selalu buat mata lelaki melekat. Aku tak bersolek. Cukup selendang nipis menutup rambut, membiarkan tengkukku terdedah satu-satunya ruang kulit yang mahu aku tunjuk malam ini.
> “Menjual bukan sekadar barang. Tapi bagaimana kita buat pembeli ingat cara kita jual.” kata Rina terngiang.
Aku genggam plastik kecil berisi produk. Langkahku perlahan menyusuri jalan ke hujung simpang, anggaran 50 meter dari rumah. Kawasan itu gelap, tiada rumah berdekatan. Hanya cahaya lampu jalan yang suram, cukup untuk memisahkan bayang dari tubuh.
Deruman enjin kedengaran. Sebuah kereta Myvi berhenti perlahan. Lampu dimatikan. Pintu dibuka. Seorang lelaki turun sederhana tinggi, tubuh sasa dalam jaket hitam. Wajahnya aku cam dari gambar profil.
> “Akak Ita?” tegur Naim
Aku angguk. Senyum tak perlu terlalu lebar. Cukup dengan renungan yang membuat dia rasa disapa lebih dari sekadar perkataan.
> “Ni produk abang…” aku hulur beg plastik kecil.
Tangannya menyambut, tapi tak lekas memasukkan ke poket. Dia belek perlahan, kemudian matanya naik semula memandang wajahku turun ke bahuku, dan akhirnya lekat pada leher yang sedikit terdedah.
> “Akak selalu COD waktu macam ni ke?”
> “Tak selalu. Tapi kalau pelanggan tahu apa dia nak… saya pun akan bagi ikut waktunya.”
Suasana menjadi perlahan. Angin malam menyapa tubuhku. Getarnya meresap ke bawah kulit. Naim masih berdiri hampir, nadanya semakin perlahan seperti mahu berbual, bukan hanya membeli.
> “Akak tak takut keluar sorang-sorang waktu macam ni?”
Aku senyum nipis. Suara aku lembut, hampir berbisik.
> “Saya lebih takut bila hati saya tak diisi… dari tempat gelap atau sunyi.”
Dia tidak menjawab segera. Cuma senyum dan senyuman itu lain. Ada rasa dalamnya. Seperti dia faham apa yang aku tidak ucapkan.
> “Produk ni… tahan lama untuk tenaga. Tapi kalau saya ambil, saya takut… saya sendiri yang tak tahan rindu akak nanti.”
Aku ketawa kecil. Jari aku menyentuh hujung botol dalam plastik.
> “Ambil dulu malam ni. Rasa dulu. Kalau abang rasa lebih dari sekadar kesan ubat… abang tahu mana nak cari saya.”
Kami tidak berdiri lama. Tapi cukup untuk satu malam terasa panjang dan padat. Bila dia masuk semula ke dalam kereta, aku masih berdiri angin menyelak sedikit hujung selendangku.
Dan saat lampu kereta menyala semula, aku tahu…
walaupun pelanggan itu berlalu pergi,
aku telah pun menjual lebih dari sekadar produk.
Malam itu, aku pulang bukan sekadar dengan tangan kosong. Aku pulang dengan rasa-rasa yang semakin lama, semakin membuat aku ketagih.