Malam itu, seperti biasa, aku bersiap untuk cod terakhir. Tapi kali ini, suasana hati aku lain. Entah kenapa, pelanggan itu yang pernah aku ajar cara urutan beberapa malam lepas menghubungi lagi. Katanya, masih tak faham. Mahu belajar semula. Minta sangat aku tunjukkan secara ‘lebih jelas’.111Please respect copyright.PENANArWLwbsyYM9
Aku bersetuju, walau dalam hati ada ragu. Tapi demi menjaga nama baik perniagaan, aku cuba berlapang dada. Jam sudah melewati 1 pagi ketika aku turun dengan t-shirt putih sendat dan batik, cukup sopan tapi tidak terlalu formal. Angin malam menyapa kulit, membuat aku sedikit menggigil.
Kereta itu datang tepat seperti dijanjikan. Aku masuk ke dalam dan duduk diam seketika.
> “Minyak urut, mana?” aku tanya.
Dia senyum, hulurkan botol kecil itu. Tapi aku perasan, dia berseluar pendek… sangat pendek. Hanya boxer.
> “Kak Ita… boleh tunjuk balik urutan tu? Saya rasa malam tu saya tak fokus…”
> “Fokus kat apa?” tanyaku, sinis.
Dia ketawa kecil. “Kat akak la…”
Aku mengeluh. “Sini jari kau.”
Tapi dia tak hulurkan jari.
> “Boleh tak… akak tunjuk kat tempat sebenar?”
Aku terdiam. Dalam kepala berperang antara prinsip, maruah, dan juga bisnes. Tapi entah kenapa, malam itu aku pilih untuk tidak lari. Aku mahu tahu, sejauh mana aku sanggup pergi… dan apa aku sanggup belajar dari pengalaman ini.
Perlahan aku setuju, dengan satu syarat tiada lebih daripada itu. Aku urutkan dia dengan teknik yang aku tahu. Bukan sekadar menyentuh, tapi aku betul-betul mahu bantu dia faham teknik yang betul. Gerakan, tekanan, rentak semua aku kawal dengan teliti. Dia terdiam, tapi jelas menikmati ‘kelas khas’ itu.
> “Lembutnya tangan akak…”
Aku tak balas. Aku fokus. Cukup 20 minit, aku tarik nafas dan berhenti.
> “Itu saja. Lepas ni, belajar betul-betul.”
Dia hulur RM100 lebih dari harga minyak. Aku terima tanpa kata, keluar dari kereta, dan balik dengan langkah laju.
Tapi malam itu… aku tak terus tidur. Aku duduk termenung di hujung katil.
Ada sesuatu yang berubah dalam diri aku. Sentuhan itu walaupun aku cuba kawal telah buka pintu baru dalam hidup aku. Pintu pada dunia yang aku tak pernah rancang nak masuk, tapi mungkin… aku patut terokai secara profesional.
Keesokan harinya, aku mula cari kursus urutan sebenar. Tradisional, refleksologi, dan… urutan khas lelaki. Bukan untuk jadi ‘murahan’, tapi untuk jadi mahir. Untuk kuasai sesuatu yang ramai wanita tak berani ceburi, tapi sebenarnya… ada potensi besar.
Dan dari situ, bisnes jamu aku bukan lagi sekadar jual produk.
Aku sendiri kini adalah ‘produk’ ilmu, kemahiran, kepercayaan pelanggan. Dan yang paling penting, aku tahu batas aku.
Bukan semua lelaki datang dengan niat bersih, tapi aku kini tahu… bagaimana untuk berdiri dengan harga diri, dan tetap menjana rezeki.
ns3.142.243.141da2