
Fakhri, Mei 2015
Cuti semester akhirnya tiba.
Aku pulang ke Seremban dengan hati yang bercampur aduk. Gembira nak jumpa mak ayah, nak makan lauk kampung, nak rasa bantal rumah sendiri. Tapi dalam diam, ada getar halus dalam dada. Sebab aku tahu, aku tak mungkin elak daripada satu pertemuan.
Abang Hazim.
Dia mesej aku sehari sebelum aku balik. Ringkas, tapi penuh maksud:
"Cuti ni balik ke? Kalau kau free nanti, singgah la rumah aku. Lama tak borak."
Aku cuma balas, "Okay." Tapi dalam kepala aku, bermacam-macam.
Hari pertama di rumah, aku cuba sibukkan diri. Tolong mak masak, kemas bilik, keluar beli barang dapur. Tapi setiap kali telefon aku berbunyi, hati aku berdebar. Sampai akhirnya, aku sendiri yang taip mesej;
"Abang... saya balik Seremban sampai Ahad. Free malam ni?"
Jawapan dia hampir serta-merta.
"Sentiasa."
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
12Please respect copyright.PENANAY45E3Fmkse
Hazim, Mei 2015
Dia balik.
Tanpa gendang, tanpa berita panjang. Cuma satu mesej petang itu:
"Abang... saya balik Seremban sampai Ahad. Free malam ni?"
Jari aku menggeletar kecil sebelum membalas.
"Sentiasa."
Dan malam itu, seolah-olah waktu berpatah balik. Bunyi derap kasut dia di tangga, suara dia bagi salam dari luar pintu, semuanya buat dada aku berombak aneh. Kami duduk bersila atas tikar buluh yang masih berbau sabun pencuci. Makan nasi bungkus ayam kicap sambil tengok YouTube.
Gelak dia masih sama. Matanya masih bercahaya bila cerita pasal motor baru kawan dia, tentang pensyarah yang garang, tentang budak bilik yang kuat berdengkur.
Aku senyum, ketawa. Tapi dalam hati aku, ribut.
Tak banyak yang berubah pada dia... tapi banyak yang hilang dalam aku.
_______________________________________
Malam makin larut. Dia lesu. Badannya direbahkan ke tilam bujang, mata mula terpejam sebelum sempat aku padamkan lampu. Aku baring di sebelah, seperti dulu.
Dalam cahaya samar dari tingkap, aku pandang wajah yang pernah isi seluruh sudut hari-hari aku. Nafas dia naik turun perlahan, seperti alunan zikir. Jari aku terangkat sedikit, nyaris menyentuh rambutnya. Tapi aku tahan.
Namun dia berpaling.
Lengan dia melingkar ke pinggang aku, dadanya bersandar ke sisi tubuhku. Pelukan spontan - mungkin kerana biasa, mungkin kerana dia tahu aku masih di situ.
Dan waktu itu... dunia seperti berhenti.
Aku tidak bergerak. Cuma memejam mata, biar air mata turun perlahan. Bukan kerana rasa bersalah, tapi kerana terlalu sayang. Dalam diam, aku peluk balik. Hati aku seperti disiat, tapi aku relakan.
Dalam pelukan itu, aku minta Tuhan simpan dia. Simpan rindu aku. Simpan segala yang aku tak mampu ucap.
Aku cium ubun-ubun dia perlahan. Bukan untuk dia rasa, tapi untuk aku tahu, aku pernah punya dunia itu walau seketika.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
12Please respect copyright.PENANAGVVVdbAoK9
Fakhri, Mei 2015
Malam makin larut. Aku baring atas tilam lipat yang dia bentang. Lampu sudah padam. Sunyi. Tapi dalam dada aku, ada ruang yang sesak. Seperti ada sesuatu yang tertinggal dalam perbualan tadi.
Aku terlena sebentar. Tapi entah macam mana... bila aku sedar semula dalam samar cahaya dari tingkap, aku rasa tubuh aku bergerak sendiri.
Tanpa fikir panjang, lengan aku melingkar ke pinggangnya. Dadaku bersandar ke sisi tubuhnya. Tak pasti kenapa. Mungkin sebab rindu. Mungkin sebab terlalu biasa dengan kehadirannya. Mungkin sebab jauh di sudut hati, aku tahu, hanya malam itu saja kami ada.
Dan aku tak sangka, dia tak menolak. Beberapa saat kemudian, aku rasa hangat pelukan dia menyambut balik. Tenang. Tapi ada getar kecil pada lengannya.
Aku pejam mata. Cuba buang semua soalan yang mula timbul dalam kepala. Sebab aku tahu, pelukan itu bukan tentang siapa suka siapa. Tapi tentang kehilangan. Tentang waktu yang makin memisahkan.
Dan waktu itu, aku bisik perlahan dalam hati;
'Abang... maafkan saya. Kalau diam saya selama ini buat abang rasa terasing.'
Aku tak tahu sama ada dia berjaga atau tertidur. Tapi bila aku rasa nafasnya makin dalam, aku tahu dia sedang memeluk kenangan itu lebih erat dari aku.
Malam itu... aku tertidur dalam pelukan yang tak dijanjikan.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
12Please respect copyright.PENANAUjyfFpC7Yi
Hazim, Mei 2015
Esoknya, kami bangun awal. Sarapan seperti biasa, berbual seperti tiada apa yang berlaku. Tapi di dalam aku, ada gunung yang runtuh diam-diam.
Waktu dia hendak pulang semula ke kampus, aku berdiri di muka pintu. Tak peluk dia. Tak salam pun. Cuma kata;
"Mungkin... bila kau balik cuti nanti, aku dah tak ada kat sini."
Dia pandang. Keningnya sedikit berkerut, tapi dia cuma angguk.
"Kalau tu yang terbaik untuk abang... saya doakan."
Dan aku... hanya mampu angguk.
Sebab waktu itu, lidah aku seperti terikat.12Please respect copyright.PENANACzcsF08uX8
Ada kata-kata yang hampir terlepas dari kerongkong, tapi patah di tengah jalan. Ada rasa yang mendesak untuk aku luahkan, tapi logik dan takut menahan aku.
Aku nak cakap;
'Jangan pergi lagi...'
'Tinggal sikit ruang untuk aku dalam hidup kau...'
'Aku sayang kau, lebih dari sekadar seorang abang...'
Tapi semua itu hanya kekal di dada.
Aku tengok dia berpaling. Langkah dia biasa, wajah dia tenang. Tapi belakang itu... belakang yang menjauh itu seperti bawa pergi seluruh nadi aku yang pernah hidup.
Aku tahan pintu. Aku tutup mata. Dan aku tahu, kali itu bukan sekadar cuti biasa. Itu perpisahan sebenar yang tak perlukan ucapan selamat tinggal.
Kerana hati yang luka, jarang mampu bersuara..
12Please respect copyright.PENANAjdiTHjEYTT